Ok sebab mimpi semalam, bila aku pandang muka Mikail ni, mesti muka jadi panas tanpa sebab.
Tapi, macam mana aku boleh termimpikan dia eh?
Takpelah, maybe mainan tudur je kot. Husnudzon please.
"Weyh!" Laung Atiqah memanggil aku.
"Eh mak kau!" Aku termelatah. Semua orang dalam kelas tu pandang kitorang.
Ada yang gelak bila dengar aku melatah. Ada yang pandang and sambung buat kerja dia balik.
Tiba tiba, mata aku tertentang dengan Mikail. Dia terus menggelakkan aku sambil menepuk-nepuk perutnya tanda bende yang jadi tu lawak sangat.
Terus aku tampar tangan Atiqah tanda aku marah bila dia surprise kan aku camtu.
"Aduh sakitlah. Tangan kau kalau kecik takpe tau. Ishhhh," dengus minah tu. Hekeleh, dia yang kejutkan aku, dia yang marah pulak. Pigidah....
"Siapa suruh buat macam yitu? Yini budak padaiyappa betullaaa," bebel aku sambil mengajuk Uncle Muthu dalam Kartun upin ipin tu.
Atiqah yang mendengar terus tergelak besar.
Aduhmak, minah ni kalau nak gelak tu takyalah macam orang sewel. Adeyh...
Aku tutup muka aku dengan buku sebab segan dek perangai minah sebelah aku ni.
"Woi lia, dengarlah ni. Tadi aku terserempak dengan crush kau tu," Fuh terus aku pandang minah sewel sebelah aku ni.
"Yeke? Kat mana? Eh jomlah. Aku nak pi tengok dia. Miss him laa," penuh gedik suara aku time tu. Atiqah yang mendengar tu pun dah meluat dengar suara gedik aku tu.
Nak buat macam mana, bila dengar pasal crush ni, terus hormon gedik dirembeskan dengan banyak dalam badan ni.
"Tadi aku nampak dia tengah tolong Cikgu Saharom angkat buku. Baik budaknya. Tapi tulah nerd je memanjang," dalam pada puji tu, minah ni kutuk jugak crush aku tu.
"Eh, nerd pun hensem apa... dahlah baik... cute pulak tu hmm.... pandai....," puji aku sambil mendopangkan dagu aku di atas meja aku. Yelah, takkan atas kerusi pulak. Ok fine tak lawak.
"Ehem, kau puji aku ke?"
Terus kami berdua pandang ke arah suara yang tetiba nak menyampuk perbualan kami.
Rupanya, si Mikail.
Agak-agak dah berapa lama dia duk dengar kitorg citer pasal kesayangan aku tu? Lantaklah, bukan dia tau pun.
"Puji? Nonsense laa weyh," ujar Atiqah dengan muka jijik. Siap buat muka nak termuntah pulak tu. Jujur aku cakap, aku rasa nak gelak je tengok dia berusaha nak buat muka macam tu.
"Aku tak tanya kau. Aku tanya Adlia Justmine," dingin suara mamat tu sambil jeling ke arah aku.
"Berapa kali nak cakap, Jasmine bukan Justmine la," tegur aku. Banyak kali tegur pun sama je sebutan dia. Yelah, manalah tau tetiba peminat dia serang aku jap lagi sebab dia panggil aku macam tu.
Risau pulak aku. Kang kena tetak dengan fans Mikail, tak dapat merasa bersanding dengan crush. Auchh!
Cewahhh! Angan-angan yang hanya dalam mimpi sahaja Adlia oii.
Mikail yang dengar teguran tu tersenyum nipis. Ye guys, dia ada lesung pipit dekat pipi kanan dia. Memanglah hensem tapi perangai, nauzubillahiminzalik.
"Suka hatilah nak panggil kau apa. None of your business," fuh dia punya menjawab tu, kalaulah aku boleh cekik mamat ni. Tapi, angan angan jelah.
"Btw, korang citer pasal sapa tadi kalau bukan pasal aku," tanya Mikail sambil mengangkat sebelah keningnya kepada aku.
"Ouh adalah...," jawab aku penuh misteri. Misterilah sangat ceh.
"Eh suka hati kitorg lah citer pasal siapa pun. Well, mind your own business please," kata Atiqah sambil menjulingkan matanya ke atas.
Mikail senyum sinis. Dia terus berlalu ke tempat beliau.
Aku pandang dia yang tengah duduk tu. Almaklumlah, tempat dia dekat tepi tingkap belah kiri, tapi sama baris dengan tempat duduk aku.
Dia pandang aku and dia senyum nipis dekat aku.
Aku yang tengah pandang dia tu terus balas senyuman tu tapi entah kenapa jantung aku berdebar debar bila ingat mimpi semalam.
Lepas seminit berbalas pandang, dia keluarkan buku biologi and study subjek fav dia tu.
Aku pun teruskan aktiviti membawang dengan Atiqah lebih lebih lagi pasal crush aku tu.
Kemudian, Cikgu Azlina, cikgu kimia kami masuk kelas and pembelajaran bermula.
*****
Balik je rumah, terus aku hempaskan diri dekat katil aku. Penat bhaii dengan homework berlambak, kelas tambahan lagi, memang menyakitkan kepala.
Apakan daya aku ni hanyalah insan biasa cewahh! Lelebih pulak.
Tingtongteng!
Bunyi notification WhatsApp masuk, rupanya minah sewel ni. Siapa lagi, Atiqah sewel laa chat.
Minah sewel
Woi minah, aku boring! Takde gosip ke?! 🐴Me
Kau ni kan suka sangat gosip. Bawak bawaklah insaf makcik oi. Nak dekat spm ni haa.🐒Minah sewel
Hmm, srslah takde gosip. Boring bhai. Malas nak buat hw. 😢Me
Ok, aku ada satu. Semalam aku mimpi someone. And someone tu ialah Mikail Ashraf.Minah sewel
WHATTTTTT!?!Me
Ye weyh. Dalam mimpi tu dia kacau aku pastu senyum ii dekat aku. Aku macam eh pehal kau ni?Minah sewel
Hmm aku rasa dia suka kau la lia. Orang kata kalau kita mimpi someone tu, maknanya dia rindu kita. 😉Me
Dia nak rindu aku?
Pehal weyh?
Dah gilakah?Tapi hampeh, semua satu tick. Bateri fon minah ni habis kot. Hekeleh aih. Baru nak gosip.
Tapi betul ke apa yang Atiqah cakap tu? Mikail suka aku? Kenapa dan mengapa?
![](https://img.wattpad.com/cover/209505946-288-k624660.jpg)
YOU ARE READING
BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]
Romance[Slow update] -My first romance novel- Tidak pula disangka rakan baiknya sendiri telah jatuh cinta kepadanya. Tetapi ADLIA JASMINE sedar mereka hanyalah budak sekolah sehinggalah.. "Aku akan balik dan akan terus masuk minang kau. Jadi aku nak kau tu...