Bab 21

116 14 0
                                    

Dua bulan kemudian~

Aku menarik nafas panjang. Aku menghela nafas lega. Alhamdulillah, akhirnya aku dan rakan - rakan sudah bebas daripada SPM. Dan alhamdulillah juga sebab aku dapat menjawab soalan -  soalan SPM untuk setiap subjek dengan penuh yakin walaupun adalahh yang macam blur sikit soalan dia.

Hari ini, aku dan geng kelas aku dah bercadang nak lepak di kedai cendol pak kasim di simpang jalan berdekatan sekolah. Nak celebrate freedom laa katakan..

Aku, Atiqah, Sofia dan Mei Mei menaiki Grab Car je sebab mudah and jimat masa. Pelajar - pelajar lelaki pula menunggang motorsikal mereka sendiri.

Selepas membuat bayaran Grab Car, kami berempat berjalan beriringan ke meja yang diduduki pelajar - pelajar lelaki kelas aku.

"Aikk lambatnya korang!" Tegur Amirul.

"Ni haa pakcik grab tu lambat sampai tadi. Stres aku," rungut Atiqah. Atiqah menarik kerusi di sebelah Zain lalu kerusi itu didudukinya.

Aku dan Sofia pula duduk berhadapan dengan Atiqah dan Zain.

"Lepas ni, korang plan nak buat apa? "Tanya Amir. Dia menghirup air teh ais di dalam gelasnya selepas bercakap.

"Aku maybe cari kerja sambilan kot"kata Mikail. Kemudian, aku rasakan yang dia mengerling ke arah aku . Taktahulah betul ke tidak dia pandang aku. Manalah tahu dia pandang orang sebelah aku ke kan?

"Aku pun,"

"Aku rasa aku pun macam mikail,"

"Yah me too"

Satu - satu pelajar kelas aku menjawab dengan jawapan yang sama seperti Mikail.

"Kalau result spm korang bagus,  korang nak sambung study mana?" Tanya Zain.

"Kalau aku , maybe matriks kot sebab sekejap je. Pastu dah boleh amik degree. Lepas tu dah boleh kahwin, eh sorry tersasul, maksud aku lepas tu dah boleh kerja," ujar Atiqah. Part yang dia tersasul mendapat jelingan daripada aku dan rakan - rakan lain.

"Apa? Salah ke nak kahwin awal?" Atiqah bertanya selepas melihat kami semua menjelingnya.

"Tak salah, tapi awal sangat. Stabilkan duit dulu, tiqah oiii," tegur Amri. Atiqah menceberkan mulut. Riaknya seperti 'ada aku kisah'.

Aku tergelak melihat muka Atiqah begitu. Sofia pun ikut tergelak.

"Woi, apa gelak - gelak? Order cepat," arah Mikail apabila pelayan sampai ke meja kami. Automatik gelak kami terhenti.

Selepas mengorder makanan, kami berbual -bual perancangan masa depan kami.

Tiba - tiba, bunyi telefon Amri berbunyi. Amri menyeluk sakunya. Dia melihat pendail terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Haa rin! Wasap bro!" Kuat suara Amri menegur pendail di hujung talian.

Jap...Rin? Fahrin ke? Aku mengerling ke arah Atiqah. Atiqah seperti tertunduk malu . Tersengih - sengih seperti kerang busuk.

"Ok jap lagi aku bagi kau. Ok bye!"

Amri memasukkan fonnya kembali ke dalam poket.

"Tiqah, jap lagi aku ada hal nak cakap dengan kau," kata Amri serius.

Atiqah menjongketkan kening. "Cakap apa pulak ni? Awat macam serius sangat?"

Kami semua pun memandang ke arah Amri. Amri buat muka serius. Jarang kami tengok Amri serius bila dengan kawan - kawan. Bila dengan cikgu, dengan budak - budak pengawas , haa itu memang serius gilalah. Sampai ada yanga budak - budak takut dengan Amri. Atiqah jelah yang bergurau dengan Amri waktu Amri tengah serius.

"Kejap lagilah aku chat kau. Dahlah aku nak balik. Takde selera pula tetiba," Aku bertambah pelik. Masa call dengan Fahrin, elok je happy , ni dah kenapa moody pulak ni?

Atiqah hanya mengganggukkan kepala sambil menunjukkan jari 'ok' kepada Amri.

Kemudian, Amri terus berlalu meninggalkan kami di meja makan.

"Weyh pahal dengan Amri?" Tanya Atiqah.

Zain menjongketkan bahu. "Entah, ada hal kot,"

Semua seperti terdiam sekejap.

"Geng, apa yang senyap tetiba ni? Dah habis spm kottt, so lets party!" Sergah zain. Mungkin dia nak ceriakan suasana kembali.

"Takpe - takpe aku belanja korang harini," sambung Zain lagi.

Mata aku dan rakan - rakan lain bersinar.

"Wahh, cayalahh Zain!"
"Baik ahh Zain!"
"Weyh Zain tetiba kau nampak hensem harini!"

Macam - macam pujian bodek diberikan kepada Zain. Zain tersenyum bangga.

Aku tersenyum kecil. Aduhai, boleh lagi ke kitorang jadi macam ni bila dah 10 tahun akan datang?

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now