Bab 43

96 7 0
                                    

Maafkan saya awak semua. Setelah sekian lama tidak terupdate cerita ni, finally ada update😭😭. Busy sangat-sangat sejak masuk universiti ni😭😭 apakan daya. Kalau korang still masih suka baca cerita ni, silakan support🥰 ily <3

___________________________________________

Tingg !

Mikail yang sedang mengunyah gula-gula Kopiko terkejut mendengar notification telefonnya.

Mama
Mikail, balik rumah awal tau ! Mama masak lauk masak lemak udang cili padi harini . Nanti habis, mama tak tahu...

Mikail membulatkan mata melihat chat mamanya yang masuk sebentar tadi.

Uish, time macam ni laaa mama nak WhatsApp pasal lauk kegemarannya. Siap hantar gambar pulak tu. Terliur pulak tiba-tiba.

To : Mama
Mikail tak boleh balik sekarang. Mikail ada banyak kerja. Nanti Mikail balik, Mikail makan ok...

Nak saja dia pulang ke rumah sekarang. Tapi, ada banyak lagi kerja dan patient kena rawat termasuklah Adlia. Itulah lumrah sebagai seorang doktor.

Adlia tu pun satu hal. Langsung takde minat nak bercakap dengan dia. Dah dua hari Mikail bagaikan bercakap dengan tiang. Langsung tak dibalas respons.

Macam dia ada buat salah pada Adlia tu pulak. Mikail mengeluh.

"Amboi Bro. Mengeluh panjang nampak," tegur Doktor Ishak dari pintu. Doktor Ishak menggelengkan kepala melihat rakannya itu mengeluh seperti ada masalah besar.

"Ada masalah sikitlah bro," jawab Mikail.

"Masalah apa pulak? Patient kau ada buat masalah apa kali ni ? Haritu Pak Jabit punya masalah dah settle kan ?" Tanya Doktor Ishak. Setahunya masalah Pak Jabit yang ada masalah paru-paru sudah diselesaikan walaupun mengambil masa yang lama.

"Eh bukan masalah tu. Macam mana ek nak cakap?"

"Berat sangat ke masalah tu sampai tak boleh nak dicakapkan?" Doktor Ishak memandang Mikail yang kelihatan serabut sedikit.

"Hmm aku tanya kau laa kan, macam mana nak ngorat awek bro?"

Terkejut Doktor Ishak mendengar pertanyaan Mikail. Terus dia bangun dari duduknya dan meletakkan telapak tangannya pada dahi Mikail.

"Kau demam ke Mikail? Setahu aku, hati kau keras untuk perempuan... Eh ke ni bukan Mikail ?" Doktor Ishak berundur beberapa tapak ke belakang. Risau kalau bukan Mikail yang berada di hadapannya ini.

"Ish apa ni ? Betul la aku ni Mikail. Cumanya hati aku ni tak keras untuk sorang je, tapi dia tu yang keras hati untuk aku,"

Doktor Ishak kembali duduk di kerusi berhadapan Mikail.

"Kau ada buat salah dekat dia ke sampai dia keras sangat taknak dekat kau ?"

"Entahlah bro... Aku tak rasa aku ada buat salah dekat dia. Malah, aku jaga dia sebetul-betulnya lagi," Mikail meraup wajahnya.

"Amboi, sayang betul kau dengan dia,"

"Mestilah bro. First love aku tu. Mana taknya sayang. Dia je tak nampak aku hm," Mikail meletakkan kepalanya di atas mejanya. Seakan-akan berputus asa.

"Aku rasa kau kena pandai tackle hati dia. Nak tackle hati perempuan ni, ambil masa sikit. Sebab apa ? Sebab diorang ni complicated bro," kata Doktor Ishak tenang.

Mikail mengangkat kepalanya dari meja.

"Kau tahu ke macam mana nak tackle hati perempuan ?" Tanya Mikail. Bagaikan ada sinar harapan apabila Doktor Ishak bagaikan ingin membantunya.

Doktor Ishak menunjukkan senyuman bangga. Atau lebih dikenali sebagai wajah 'acah-acah'.

"Benda first kau kena buat, kau kenalah kenal-kenal dengan dia dulu. Janganlah terus bagi ayat-ayat manis dekat dia. Dia pun annoying nanti,"

"Macam mana nak kenal-kenal tu ?"

Doktor Ishak mengambil sebatang pen di atas meja lalu mengetuk kepala Mikail.

"Benda tu pun aku nak kena ajar ke ? Pandai-pandailah kau cari taktik nak kenal-kenal dengan dia. Tanyalah, tinggal mana, nama siapa, IC jangan tanya pulak. Tanyalah suka makan apa, suka warna apa. Senang cerita benda dia suka dan benda dia tak suka. Kau ni kadang hm ghisauuu,"

"Lepas dah kenal nanti, baru boleh proceed belikan dia hadiah ke, atau paling best, belikan family dia hadiah. Hah, lupa nak cakap, perempuan ni dia suka kalau lelaki ambil berat pasal family dia. Sebab apa ? Sebab nanti dah ada family sendiri, macam tu jugaklah dia handle nanti," sambung Doktor Ishak.

Mikail menganggukkan kepalanya sedikit demi sedikit. Barulah dia faham. Selama ni, dia terus main tanya tentang perasaan pada Adlia sedangkan dia perlu mengenali Adlia terlebih dahulu.

"Thanks bro! Kau memang kawan yang boleh diharapkan! Nanti aku belanja kau makan!" Kata Mikail lalu terus menapak keluar dari bilik pejabatnya.

Doktor Ishak mampu menggelengkan kepala melihat gelagat Mikail.

"Semoga kau berjaya, Mikail," doa Doktor Ishak dalam hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now