Bab 13

116 14 0
                                    

"Woi! Lepaskan tangan dia!"

Aku dan azim serentak pandang ke arah suara itu.

"Mikail..." bisik aku perlahan.

Jap, bukan dia tak datang tadi ke? Macam mana boleh ada pulak ni?

Mikail meluru ke arah aku dan merentap pergelangan tangan aku dari pegangan azim.

Nasib baik aku pakai handsock (ala yang sarung tangan tu). So, kira berlapik laa kan..

"Kau jangan nak sentuh dia sesuka hati mak bapak kau la, budak!" Tengking Mikail.

Azim tersenyum sinis. Kemudian, membuat muka bengis.

"Hahh suka hati akulah. Kau siapa yang sibuk nak kacau urusan aku dengan adlia?! Hah?!"

Aku menjadi semakin takut melihat keadaan yang sangat tegang. Weyh, takde siapa nak tolong ke... aduhmakkkkk...

"Mikail, dahlah. Jom balik," ajak aku perlahan.

Mikail mendengus geram. Dia memandang ke arah aku.

"Kau ok?" Tanya mikail perlahan seperti berbisik. Aku sekadar menganggukkan kepala sahaja.

"Woi apa main bisik-bisik ni? Fikir sweet ke? " Perli azim.

"Eh suka hati akulah. Kau tu budak kecik jangan sibuk urusan aku lahhh," Kata mikail sambil menolak sedikit bahu azim.

Azim tergelak sinis melihat perlakuan mikail.

"Kau siapa? Nak halang apa yang aku nak buat dekat adlia ni?" Tanya azim sinis. Mikail mengetapkan rahangnya menandakan dia geram dengan budak tak cukup umur tu.

"Kau nak tahu aku siapa dengan adlia?"

"Eh nak! Of course nak! Kalau setakat kawan boleh pergi jalan laa, mikail!"

"Assalamualaikum, saya tak tahu pulak ada perbincangan di sini. Maaf kalau mengganggu,"

Serentak kami bertiga memandang ke arah suara itu.

Mampus!

Itu suara pengetua sekolah!

Kami bertiga memandang sesama sendiri.

"Bincang pasal apa yang serius sangat bunyinya ni?" Tanya Encik Ahmad. Beliau laa pengetua sekolah kitorang.

"Err... errr.. pasal homework cikgu," jawab aku tergagap-gagap.

"Yeke? Bukankah kamu tidak sama umur dengan mereka berdua ni?" Tanya beliau kepada azim sambil menunjuk ke arah aku dan mikail.

"Ouh.. haa.. saya nak tanya pasal soalan matematik yang saya tak tau dekat senior berdua ni.. haha," azim menjawab sambil menggaru kepalanya.

"Ouh. Tapi kenapa takde buku pun dekat kamu?"

Ya Allah! Kenapa pengetua ni macam polis? Banyak betul soalan yang ditanya ni...

Pengetua ni salah cita-cita ke apa?

"Ouh kitorang baru nak gerak balik ni. Kan mikail kan?" Tanya aku sambil tersengih-sengih. Aku menyiku sedikit mikail yang di sebelahku.

"Haah. Kitorang baru nak balik ni. Pengetua kenapa tak balik lagi?"

Pengetua mengangkat keningnya mendengar soalan mikail.

"Saya ada urusan sedikit. Kalau macam tu saya pergi dulu. Nak balik tu, balik terus. Jangan pergi tempat lain pulak. Nak dekat spm dah ni," pesan pengetua kepada aku dan mikail.

Kami berdua menganggukkan kepala sambil tersenyum mendengar pesanan pengetua.

"Kamu pula... rasanya boleh tanya soalan tu dekat orang lain yang free. Diorang ni sibuk nak spm. So kalau boleh, jangan ganggu mereka," pesan pengetua kepada azim pula. Azim mengangguk sedikit.

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now