Bab 17

103 16 0
                                    

Aku menjadi rambang mata melihat setiap novel di rak novel pelbagai genre di kedai buku Popular itu. Mikail yang mengajak aku ke sini tadi. Beria sangat nak ajak aku tadi. Katanya nak cari buku rujukan Addmath.

"Lia kalau kau nak novel apa -apa, ambil je. Aku belanja," Mikail menepuk dadanya sambil tersenyum lebar.

"Yela," aku terus membelek novel-novel yang ada di rak itu.

Mikail berdehem sedikit di tepi aku. "Adlia, aku en sebenarnya en,"

Aku pandang muka Mikail sesaat kemudian mengambil sebuah novel di rak itu. 

"Sebenarnya apa?"

"Aku nak cakap sikit dengan kau ni,"

Aku pandang balik novel yang aku pegang.

"Nak cakap apa ? Cakap jela,"

Mikail meraup mukanya. "Kejap lagi aku cakap dekat kau, "

Aku mengangkat bahu. Apa-apa jela.

"Aku nak novel yang nilah," aku mencapai novel bergenre seram .

"meh sini aku bayarkan," Mikail menghulurkan tangannya.

Aku menggelengkan kepala. "Eh takpe. Aku bayar sendiri. Aku ada duitlah,"

"Takpe. Mak aku ajar aku jadi gentleman. Tolong perempuan kan salah satu cara nak jadi gentleman. So meh aku belanja,"

Aku mengangkat kening. Seganlah pulak nak suruh orang bayarkan buku yang aku nak. Tapi, kalau dah dia paksa..

"Hmm yela, nah," aku menghulurkan novel itu kepada Mikail.

Kemudian, kami berdua berjalan beriringan keluar dari kedai dan menuju ke Restoran KFC.

"Lia nak makan apa?" Mikail tanyaku sesampai sahaja giliran kami di kaunter.

Aku melihat menu sebentar. "Hmm set jimat box tu jela, aku tak lapar lagi,"

"Ok "

Aku mengeluarkan duit dari dompet ingin membayar makanan yang telah diorder. Baru aku nak bagi akak kaunter tu...

"Eh, tak payah. Aku belanja," Mikail mengeluarkan duit lalu membayar makanan -makanan tersebut.

Aku lihat akak kaunter tu tersenyum -senyum memandang kami berdua.

"Jom duduk dekat tepi tu," ajak Mikail.

"Tadi kau kata nak cakap something. Apa dia tu?" Tanyaku sambil memasukkan cheesy wedges ke dalam mulutku. Mataku tertutup sebentar menikmati cheesy wedges itu. Ya Allah, sedapnya! Nikmat gila cheese diaaa!

Mikail berdehem sedikit. "Haa aku sebenarnya macam ni,"

"Ye teruskan"

"Macam mana nak cakap eh?" Mikail menggaru -garu kepalanya.

"Mikail, cakap jelaa,"

"Aku sebenarnya suka kau,"

Pap! Terus mata aku terbuntang memandang Mikail. Dia suka aku?



*****

T. A. R. I. Q POV

Aku melangkah masuk ke kedai buku Popular. Aku terus pergi ke rak buku rujukan untuk SPM .

"Adlia, aku en sebenarnya en,"

Aku dengar orang sedang berborak di rak sebelah. Aku cuba mengintai dari sini. Bukan sebab apa pun, sebab orang itu panggil nama tu. Nama gadis yang buat hati aku berdegup kencang.

Adlia.

Aku mengintai dari rak buku rujukan SPM . Aku dapat lihat ...

Mikail? Dengan seorang gadis. Takkanlah gadis itu betul -betul adlia?

Gadis itu menoleh memandang Mikail. "Sebenarnya apa?"

Aku terkedu. Memang gadis itu Adlia. Apa mereka berdua buat dekat sini? Bersama-sama pulak tu?

Aku cuba positifkan diri. Mungkin mereka keluar bersama rakan-rakan lain. Tapi tak nampak kelibat mereka yang lain pun...

'Entah-entah diorang tu memang couple tak?' Ada satu bisikan berbisik di hati aku.

Aku menggelengkan kepala. Tak mungkin.

Lepas beberapa minit aku nampak mereka berdua keluar dari kedai buku itu. Aku mengekori dari belakang.

Aku mengekori mereka masuk ke dalam Restoran KFC.

Aku mengambil tempat duduk di belakang mereka berdua. Aku order set jimat box je. Nak jimat punya pasal. Lagi satu , sebab nak sama order dengan Adlia. Auchh!

Aku memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

Dari tempat duduk aku, aku dapat melihat wajah Adlia. Mikail pula duduk membelakangi aku.

Aku dapat melihat Adlia menutup mata sebentar. Mungkin menikmati kesedapan cheesy wedges. Alahai comelnya dia! Eh, sejak bila aku jadi gedik ni?

Aku tergelak kecil. Namun, gelak aku terhenti tatkala mendengar kata -kata Mikail.

"aku sebenarnya suka kau,"

Aku nampak muka Adlia kelihatan terkedu . Mungkin tidak menyangka pernyataan tersebut keluar dari mulut Mikail.

Tapi, betulkah Mikail suka Adlia? Sejak bila? Jadi, lawan aku sekarang ialah Mikail?

*****


BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now