Bab 29

148 18 4
                                    

Aku melepaskan lelah. Penat weyh. Aku dah lama tak joging dekat Taman Tasik Utama ni. Selalunya aku joging waktu hujung minggu je. Tapi, disebabkan aku banyak kerja and kena fokus pada pelajar- pelajar tingkatan lima, aku jadi busy je memanjang.

"Lia, aik dah penat?" Tanya Tariq dari arah belakang aku.

Aku mengajak Tariq untuk menemani aku kerana member aku yang lain semua busy. Busy dengan tunang, kerja dan lain-lain. Tariq je la free. Aku pun ajaklah dia.

"Penatlah. Aku dah lama tak joging,"

Tariq ketawa kecil. Aku menjeling sekilas.

"Eii gelak-gelak pulak. Tahulah badan macam orang bina badan tu," Aku mencebikkan bibir.

Tariq tergelak besar. "Badan aku sado yang ok-ok je. Takdelah besar macam orang yang bina badan tu,"

"Bagi kau, bukan aku," aku duduk di bangku yang disediakan.

Tariq menghulurkan sebotol air mineral lalu duduk di sebelah aku. Tapi, taklah rapat sangat.

"Terima kasih," lalu aku meneguk air mineral iti.

"Sama- sama kasih," Aku memandang Tariq pelik.

Tariq memandang aku semula. "Apa pandang- pandang? Tahulah aku hensem,"

Allahu! Perasannya!

Aku membuang pandang ke arah tasik di hadapan kami.

"Lia, kalau aku tanya, jangan marah eh?"

Aku memandangnya semula. "Tanya jela,"

Tariq memandang aku. Dia tersenyum kecil. "Takde apalah,"

Aikkk... Mamat ni dah kenapa? Nak tanya, tanya jelah. Haiyo!

"Tadi kata nak tanya. Sekarang taknak pulak tanya. Kau demam eh?"

Aku menjegilkan mataku ke arah Tariq. Tariq tergelak kecil.

"Aku tiba- tiba terlupa soalan yang aku nak tanya,"

Aku menggelengkan kepala. Ada pulak macam tu eh.

Kemudian, kami meneruskan larian.

Nafas aku tidak teratur. Tercungap-cungap cuba mengejar langkah Tariq.

"Dahlah, jom balik. Letihlah," jerit aku kepada Tariq. Aku berhentikan larian aku . Tariq pula jauh di hadapan. Kaki dia panjang, boleh ceritalah!

Tiba-tiba, ada benda melanggar aku dari belakang. Aku dan dia jatuh bersama.

Kepala otaklah! Sakit la siot!

"Woi! Lain kali nak berhenti lari tu signal la! " Tegur seseorang yang melanggar aku.

Aku menghembuskan nafas dengan marah.  Dahlah letih, lepas tu kena langgar! Pancaroba betul la!

Aku bangun lalu menepuk punggung aku. Manalah tahu ada kekotoran.

Aku cuba lihat wajah orang yang melanggar aku. Namun, tak jelas kerana lelaki itu memakai topeng muka. Ala, macam face mask tu. Cuma yang ini ikut style korea gitchu!

"Yang encik pun, tak nampak ke saya tengah elok berhenti dekat sini?!" Tegur aku kasar kepada lelaki itu.

"Tak, masalah sekarang ni, kenapa kau tiba- tiba berhenti tanpa sebab? Kau tahu kan aku ada dekat belakang kau, sebab tu kau sengaja nak acah- acah terlanggar dengan aku. Kan?"

Wahh! Ini dah melebih! Perasanlah mamat ni!

"Encik ni tolonglah jangan nak perasan sangat dekat sini! Saya berhenti sebab penat. Lagipun, besar lagi jalan ni untuk encik berlari. Rasanya tak perlu kot nak lari belakang saya jugak,"

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now