"Takde sapa yang boleh kacau kau selain aku, ada faham?"Aku terkedu.
What? Ingat aku ni bini dia ke nak diarah arah begitu?
Tapi, tipulah kalau tak rasa apa-apa dengan ayat dia tu. Dah berdebar teruk ni weyh!
"Apa kau cakap ni Mika?" Sajalah aku tanya apa dia maksudkan, kot-kot dia prank aku kann...
"Aku rasa kau faham maksud aku. So, bye panda," ujar Mikail sambil tersenyum nipis. Dia terus berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga dengan ayat dia.
'Asal dia panggil aku panda ha?' Tanya aku dalam hati.
Aku pun bergerak ke bus stop yang Atiqah dengan Sofia duduk tu.
"Em lia,aku tengok kau macam rapat je dengan budak tadi tu," tegur Sofia sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di bangku bus stop.
"Alaa, fans dia la tu kot, Fia," sampuk atiqah yang tengah makan ayam goreng yang dibelinya masa aku bercakap dengan Mikail.
"Woi, hotak hang! Tu bukan fans la, aku ada hal dengan dia tadi,"
"Hmm yele tu. Abihtu dah tersenyum senyum, siap terkenyit-kenyit mata lawa dia tu. Bukan fans gituw?," ujar atiqah sambil mencebikkan bibirnya.
Aku tersengih. Alamak, dia nampak pulak kitorang balas-balas senyuman depan gate tadi.
Dan, di saat itu juga, kereta mama aku sampai.
"Weyh bye. Esok jumpa guys," kata aku sambil melambaikan tangan ke arah Atiqah dan Sofia.
"Yelaahh,"
"Bye byee,"
Kata diorang serentak. Aku terus masuk kereta dan terus balik rumah.
*****
Sampai sahaja di rumah, aku menyusun kasut di rak kasut.
"Ad, kawan mama ada kirim salam kamu tadi," ujar mama aku yang tengah menutup pintu pagar.
"Eh? Kawan mama? Awat kirim salam?" Pelik pulak aku. First time ni.
"Yelah. Kawan lama mama. Bukan Ad sorang je dia kirim salam. Nina pun dia kirim salam jugak,"
Aku meng-ohkan je pernyataan mama.Lupa pulak. Nama mama aku Qistina Munirah binti Zaid. Papa aku pulak Amsyar Adlin bin Usamah. Aku ada adik perempuan. Nama dia Adnina Roselle. Nama dia nampak lagi mewah sebab aku yang pilih nama roselle tu. Aku amik nama heroin dalam disney movie beauty and the beast.
"Ma, mana Nina?" Tanya aku lagi bila tak nampak kelibat adik aku di ruang tamu.
"Dekat bilik kot. Ad, atas meja tu mama dah masakkan mee goreng. Kalau nak, amik jelah," pesan mama sebelum berlalu pergi ke dapur.
"Ok ma,,"
Aku berjalan mendaki tangga ke bilik. Aku buka pintu dan terus menghempaskan diri ke katil. Ya Allah sedapnya dapat baring!
Aku mencapai telefon Oppo A5s milik aku dan terus on data.
Aku buka aplikasi WhatsApp dan tiba tiba aku ternampak satu notification yang membuat aku terus bangun daripada pembaringan.
What?!
Crush aku WhatsApp akulah!
Jantung aku berdebar-debar. Terus aku tekan chat khairil.
Crush saya
Assalamualaikum adlia.
Saya nak minta maaf sebab tak tolong awak masa awak jatuh haritu.
Sudi tak awak maafkan saya?What? Dia minta maaf kat aku? Ahaiii, mama, menantu mama ni buat hati Ad berbunga!
YOU ARE READING
BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]
Romance[Slow update] -My first romance novel- Tidak pula disangka rakan baiknya sendiri telah jatuh cinta kepadanya. Tetapi ADLIA JASMINE sedar mereka hanyalah budak sekolah sehinggalah.. "Aku akan balik dan akan terus masuk minang kau. Jadi aku nak kau tu...