-M.I.K.A.I.L POV-
Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku bangun dari baring.
Di mana aku sekarang? Keadaan sekeliling aku ada banyak bunga. Seperti berada di taman bunga.
"Mikail!" Panggil seseorang. Suaranya seperti suara seorang perempuan.
Aku mencari dari mana suara itu datang.
"Aku nak kau tunggu aku balik Malaysia . Sebab aku nak masuk meminang kau . Lepas tu, kita kahwin,"
Tiba-tiba suara seorang lelaki muncul. Jap. Kenapa suara lelaki tu macam suara...
aku?
"Tapi kan Mikail, kalau kau sendiri lupa janji yang kau buat ni, macam mana?" Suara wanita itu kembali menjengah di telinga aku.
Imej lelaki dan perempuan yang sedang bercakap itu aku lihat samar-samar.
"Heyyy, Mikail Ashraf takkan pernah mungkiri janji. Sebab apa? Sebab aku bukan munafik,"
Kenapa aku macam pernah berada dalam situasi ni? Siapa perempuan yang sedang bercakap ni?
"Ok fine! Aku tunggu kau . Tapi kalau kau sendiri mungkiri janji and aku dapat tahu kau kahwin orang lain, aku sendiri akan hukum kau," Wajah wanita yang sedang bercakap itu seperti samar-samar pada pandangan aku.
Siapa kau?
"Saya, Mikail Ashraf bin Zainudin, dengan ini akan berjanji, jika saya memungkiri janji yang saya buat sendiri, saya rela dihukum oleh ...."
"Mikail" panggil seseorang.
What? Siapa yang sibuk-sibuk panggil aku ni? Apa nama perempuan tu? Aku baru nak tahu!
"Mikail,"
Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala aku terasa berat. Aku melihat sekeliling.
Semua tu mimpi? Apa makna sebalik mimpi tu?
Wait a minute.
Aku di hospital?
"Bangun pun anak bertuah ni!" Tegur mama aku yang sedang duduk di sisi katil.
"Ma, kenapa Ash ada dekat hospital ni?" Tanya aku pada mama.
"Salina yang call mama semalam kata kamu sakit kepala. Sampai pengsan dekat kfc. Tu yang dia hantar pergi hospital tu,"
Aku menganggukkan kepala. Aku ternampak Salina yang sedang menjawab panggilan telefon di tepi tingkap.
"Eh sayang! Haus ke? Nak minum apa-apa?" Tanya Salina sebaik sahaja dia menamatkan panggilan telefon.
"Siapa call?" Tanya aku dalam suara yang serak basah. Baru bangun kan?
"Ouh kawan i tadi call. U nak apa -apa ke?" Tanya Salina lagi.
Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Mama minta diri dulu eh? Mama nak pergi kafe jap. Lapar tunggu Ash bangun,"
"Baik ma"
"Baik aunty"
"Salina, kalau Mikail sakit ke apa call je aunty," pesan mama .
"Baik aunty," jawab Salina.
Setelah itu, mama pun terus berlalu pergi ke kafe hospital.
Aku memandang Salina.
"Lin, kenapa i ada dekat hospital ?"
"U tak ingat ke apa jadi semalam?"
Aku memegang kepala. Cuba memikirkan apa yang berlaku sampai aku perlu masuk hospital.
Apa yang aku ingat selepas perempuan tu marah aku tak tentu pasal, kepala aku terus jadi sakit, telinga aku berdesing kuat. Kemudian, mata aku terus jadi gelap.
Jap.
Perempuan tu. Siapa perempuan tu? Aku ada kena mengena ke dengan dia?
"Lin, u kenal tak perempuan semalam yang lalu meja kita semalam tu?"
Salina tergelak. "Girl yang mana pulak ni? Ramai je lalu tepi meja kita semalam,"
Aku cuba ingat kembali rupa gadis semalam.
"Dia yang pakai shawl hitam ada corak bunga-bunga tu. Pakai blouse warna biru muda. Dia sama tinggi dengan u,"
Aku nampak Salina cuba mengingati gadis yang aku sedang describekan.
Tiba-tiba wajah Salina berubah. Dari senyum menjadi masam. Dah kenapa? Period ke?
"Tak, i tak kenal. Kalau u tanya lagi pasal dia, i call mama i minta putus," Salina memeluk tubuhnya sendiri.
"Laaa, janganlah macam tu Sayang. Ok , i dah tak tanya lagi. Puas?" Tanya aku lembut.
Salina tersenyum. Heh, mudah dipujuk.
Tapi, aku rasa macam pernah nampak perempuan semalam tu. Tapi di mana ya?
Mimpi tu. Adakah sekadar mimpi atau Allah nak bagi petunjuk pada aku?
__________________________________________
Assalamualaikum geng! Maaflah kalau sis selalu update lambat😭 biasalah tu, masalah teknikal 😂🤭
Apapun, thanks for yang keep supporting me! I lup u oll🙆♀️❤👑
Kalau suka cerita ni, vote, komen and share pada rakan-rakan!
Sis akan cuba untuk update cerita ni dari semasa ke semasa.
❤🧡💛💚💙💜
YOU ARE READING
BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]
Romance[Slow update] -My first romance novel- Tidak pula disangka rakan baiknya sendiri telah jatuh cinta kepadanya. Tetapi ADLIA JASMINE sedar mereka hanyalah budak sekolah sehinggalah.. "Aku akan balik dan akan terus masuk minang kau. Jadi aku nak kau tu...