Bab 12

115 16 0
                                    

Hari ini aku kembali menjejakkan kaki aku ke sekolah selepas dua hari cuti sakit. Mesti banyak pelajaran yang aku tertinggal.

Nasib baik Atiqah dengan Sofia dah bagitau apa kerja sekolah yang cikgu bagi masa aku cuti. Kalau tak, mahu kena angin taufan cikgu-cikgu subjek aku.

Aku berjalan melangkah ke kelas selepas membeli sedikit makanan ringan di kantin. Aku beli nuget je. Sekadar alas perut je.

Aku memang lapar pagi-pagi macam ni. Kalau tak makan, nanti mulalah mabuk dan sakit perut. Kesian suami aku nanti nak kena jaga aku...

Eh tiberr...

Aku leka berjalan sambil memakan nuget di tangan aku.

Tiba-tiba bahu aku terlanggar bahu seseorang. Aku menjadi marah. Marah sebab nuget yang aku baru beli tadi dah terdampar tepi longkang.

Aku pandang gerangan yang melanggar aku.

Aku terkejut melihat muka lelaki di hadapan aku ni.

Tariq Jambul pulaaaa!

"Heh pompuan! Kau jalan memang tak pakai mata eh?!" Jerkah Tariq Jambul sambil menyapu bahunya. Aku menunduk mengutip nuget yang jatuh tadi.

Eii, aku lagi jijik sebab terlanggar dia. Aku menjelingnya geram. Hangin aku!

"Eh, kau tak nampak ke aku tengah jalan dekat sini? Hah?!" Sambungnya lagi bila nampak aku macam palaukan dia.

Eii dia fikir hangin dia sorang je ke? Nuget aku tu macam mana? Dahlah aku lapar. Aku menangis dalam hati. Sob.. sob..

"Excuse me, jalan ni untuk semua orang. So suka hatila aku jalan dekat sini ke apa. Kau tu tak nampak ke aku tengah jalan dekat sini?" Aku buat muka garang dekat dia. Walaupun dalam hati dah takut dengan dia.

Tariq Jambul senyum sinis. Dia menundukkan badannya dan mendekati aku. Aku berundur beberapa sehingga badan belakang aku bertemu dengan dinding.

"Hei perempuan, kau dengar sini. Sekarang ni aku boleh je apa-apakan kau sebab dekat sini sunyi tau," katanya berbisik di telinga aku. Aku memandang sekeliling. Betullah, dekat kawasan lorong ke kelas ni memang sunyi berbanding dekat lorong ke dewan.

Sumpah weyh! Bulu roma aku meremang habisss. Ma, tolong ad ma!

"Hei, kau jangan dekat dengan aku. Jauhlahh sikit," kata aku tapi tergagap sedikit. Gentarlah pulak bila dah dekat sangat macam ni.

Tariq Jambul gelak sinis melihat aku tergagap begitu.

"Heh tau pun kau takut eh? Kau tunggu sikit je lagi. Sampai masa nanti, aku balas dekat kau apa yang kau buat kat aku haritu,"

Tariq Jambul berundur. Fuhh, baru aku dapat bernafas. Tadi aku tahan nafas sebab tak nak bau nafas Tariq Jambul tadi. Mana tau bau mulut dia macam longkang kan?

"Aku hanya buat benda yang betul. Kenapa kau buli budak tu? Dia tak salah apa-apa pun. Kau kenalah matang and lagi satu fikir masa depan  kau,"

Tariq Jambul senyum sinis. Apa? salah ke apa yang aku cakap tadi?

"Kau tak tau apa yang budak tu buat dekat aku," gumam Tariq Jambul perlahan tapi masih dapat aku dengar.

Hmm, apa yang Azim buat dekat si tariq ni? Curious pulak...

"Dia buat apa dekat kau?" Tanya aku takut-takut.

Muka sinis Tariq Jambul tadi bertukar menjadi masam dan tegang. Aikk, tanya pun salah ke?

"Kau tak perlu tahu. Yang aku tahu, kau akan dapat balasannya. Kau tunggu jelah," ujarnya lalu beredar dari situ.

Aku mengangkat bahu malas nak endahkan ugutan Tariq Jambul. Aku terus melangkah ke kelas.

BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]Where stories live. Discover now