Pagi - pagi lagi kami satu kelas dah berkumpul di dataran perhimpunan. Harini kelas aku dan kelas 5 Stem 2 ada teknik menjawab di sekolah sepupu Amri, Jebat High School. Kelas aku ada dua kelas teknik menjawab iaitu untuk subjek Biologi dan Matematik Tambahan. Kelas 5 Stem 2 pula hanya ada satu kelas teknik menjawab iaitu Matematik Tambahan.
Pukul 4.30 pagi aku dah bangkit dari tidur. Sebabnya bas kami akan bertolak dari sekolah pukul 6.30 pagi. Cikgu jangka akan sampai ke Jebat High School dalam 1 jam 30 minit. Almaklumlah, sekolah kami di Negeri Sembilan. Tapi, kitorang tak cakap dalam loghat Negeri Sembilan...pelik kan??? Ahh lantaklah!
"Weyh lia, kau bawa fon?" Tegur Sofia yang baru sahaja kembali dari kantin.
Aku pandang sekeliling sebelum mendekatkan bibirku di telinga Sofia .
"Aku bawa" bisik aku. Sofia tersengih jahat.
"Aku bagitahu Amri eh? Dia ketua pengawas tau.." ugut Sofia.
Aku memasamkan muka. "Takyahlah bagitahu dia . Aku terbawalah sebenarnya," terang aku dengan suara perlahan.
Sofia menahan gelak. Mungkin lucu mendengar alasan aku. Sebenarnya , memang aku nak bawa pun sebab senang nak call mama aku bila nak balik nanti.
"Eh geng! Cikgu dah panggil masuk bas!" Panggil Zain dari pondok pengawal. Dan di sebelahnya , Mikail. Aku cuba mengelakkan dari tertentang mata dengan Mikail.
Semua pelajar yang terlibat beratur untuk masuk ke dalam bas.
"Lia, aku cop tempat sebelah kau tau!" Ujar Atiqah sambil memeluk lengan aku.
"Ehhh, akulah yang cop dulu ishh!" Cantas Sofia pula. Aduh pening kepala aku layan diorang berdua ni.
"Woi, dah macam budak - budak berebut tempat duduk! Biar aku tentukan siapa yang duduk sebelah aku," putus aku. Sambil beratur, sambil kami berbincang pasal tempat duduk sebelah aku.
Budak - budak kelas sebelah ada yang terpandang -pandang kitorang. Lantaklah diorang!
"Alaa senang aku jela duduk sebelah Adlia ," Zain menyampuk perbincangan kami. Aku, Atiqah dan Sofia memandang pelik Zain. Mikail pula aku lihat seperti menghantar pandangan yang seperti...cemburu kepada Zain. Tapi, Zain rileks je.
"Haa jomlah Zain, aku ok je," ujar aku. Atiqah dan Sofia ternganga mukut mendengar kata - kata aku. Mikail pula dah memberi jelingan maut kepada aku.
Zain tergelak. "Hoi aku gurau je. Masing -masing tak rilek dengar aku nak duduk sebelah lia,"
Barulah aku lihat budak bertiga tu menghela nafas lega. Aku pun peninglah tengok karenah diorang ni.
"Haa yang belakang tu apa lagi borak? Masuk bas cepat, dah lambat ni!" Jerit Puan Rogayah dari depan bas.
Terus kami berlima mencicit masuk ke dalam bas.
___________________________________________
Lagi 30 minit, kami akan sampai ke Jebat High School. Aku memilih tempat duduk di sebelah tingkap. Best sebab dapat tengok pemandangan luar. Atiqah pula duduk di sebelah Sofia di hadapan tempat duduk aku. Aku yang suruh sebab diorang berebut sejak naik bas.
Tiba - tiba aku rasa ada orang cuit lengan aku. Aku pusing kepala memandang ke arah kiri aku.
"Wah finally dapat duduk sebelah awak,"ujarnya.
Aku mengangkat kening. Dah kenapa dia ni?
"Khairil, apa awak buat dekat sini?" Tanya aku kepada ex-crush aku.
"Saja. Lagipun, macam best je duduk sebelah awak , dapat tengok pemandangan cantik,"ujarnya sambil tersenyum manis ke arahku.
Aku menganggukkan kepala. "Haah, pemandangan luar memang cantik pun,"
"Taklah, saya maksudkan awak," Terus aku pandang wajah khairil. Dia ni dah tak betul ke? Bukan haritu dia dengan Salina ke? Ke dah clash?
"Saya rasa lebih baik kalau awak duduk dengan member awak. Nanti tak pasal -pasal Salina jeles tengok awak duduk sebelah saya," Aku memandang luar tingkap. Sejujurnya hati aku langsung dah takde sikit pun untuk Khairil ni. Entahlah, move on dari khairil ni macam mudah je bagi aku.
"Lia, sebenarnya saya dengan Salina dah takde apa-apa dah sejak dua hari lepas. Dia tiba -tiba minta putus. Saya pun okay jela bila dia minta putus tu,"terang Khairil panjang lebar.
Dah tu kalau kau dah clash dengan Salina, yang cari aku nak buat apa pulak?!
"Saya sebenarnya dah buka hati saya untuk awak lia. Saya tahu awak suka saya kan? Saya dah sedia nak terima awak,"
Aku menarik nafas panjang. "Apa yang awak merepek ni Khairil oi?" Aku hanya mampu berkata perlahan disebabkan suasana sekeliling kami senyap. Kebanyakan pelajar sedang lena diulit mimpi. Atiqah dan Sofia juga sedang lena.
"Bukan ke saya crush awak dulu? Terima saya balik, lia," Khairil berkata lembut. Sambil tersenyum manis.
"Itu dulu. Sekarang tak. Now, sila tinggalkan saya sorang," aku kata dengan nada tegas.
"Saya tahu sebab apa awak taknak terima saya,"
"Haa sebab apa? Kau tahu ke?" Kata panggilan saya-awak pun dah bertukar menjadi aku-kau disebabkan geram sangat.
"Sebab dia kan?" Teka Khairil sambil menunjuk ke arah seseorang.
Dan seseorang itu ialah Mikail.
"Apa yang kau merepek ni ? "
Khairil tersenyum sinis. "Betulah kan sebab dia? Hei minah, kau ingat aku minat kau sangat ke? Pigidah!" Kata khairil dengan sinisnya.
Lalu, Khairil terus berlalu ke tempat duduk asalnya.
Aku menjeling Khairil geram. Dasar comeprate! Ingat aku suka sangat ke dengan dia?
Semasa menjeling jantan tu, aku dapat rasakan satu renungan tajam dari seseorang.
Terus aku berpaling melihat ke arah renungan itu.
Mikail merenung aku tajam. Aku mengangkat kening seperti bertanya dia mahu apa.
Mikail menjeling aku lalu memandang ke luar tingkap.
Eh , lagi sorang! Dah kenapa? Stres aku. Baik aku pandang luar lagi baik.
__________________________________________
Ok guys. ASSALAMUALAIKUM READERS! Sorry sebab lambat update. Biasalah, author memang jenis yang update lambat sebab wattpad problem hm. Tapi takpe, sis dah update jadi silakan membaca! Kalau best, votela geng!
By the way, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA READERS.🌻💫
INGAT, KELUAR RUMAH PAKAI MASK, AMALKAN SOCIAL DISTANCING, PAKAI HAND SANITIZER, #STAYATHOME #KITAJAGAKITA
Author pun nak promote citer member sis.
1. Dia Encik Jiran Beku by mrsmeandyou17
2. Dia Encik Suami Nakal by mrsmeandyou17
3. Dia Encik Mata Biru by mrsmeandyou17
Psst, sis pun nak promote novel sis jugak eheheh🤭
4. It's Always you,Sayang by AliaJasmine77 (sis la tu)
5. Homestay puaka by AirellIrfan07
YOU ARE READING
BECAUSE YOU'RE MY SOULMATE [SU]
Romansa[Slow update] -My first romance novel- Tidak pula disangka rakan baiknya sendiri telah jatuh cinta kepadanya. Tetapi ADLIA JASMINE sedar mereka hanyalah budak sekolah sehinggalah.. "Aku akan balik dan akan terus masuk minang kau. Jadi aku nak kau tu...