Bab 1

7.2K 446 65
                                    

"KITA putus."

Melopong Luthfan mendengar sebaris ayat pendek yang meluncur keluar dari mulut tunangnya, Elmira.

"What? You cakap apa ni, El?" soal Luthfan, masih terpinga-pinga. Telinga dia dah salah dengar rasanya ni. Tak mungkin lah tunang tercinta dia ni nak minta putus. Bukan setahun dua mereka berkenalan. Dah tiga tahun. Tempoh pertunangan mereka pun dah nak masuk setahun.

"I nak putus, Luth. I nak putuskan pertunangan kita. I dah tak nak teruskan hubungan ni," bicara Elmira penuh tekad. Matanya menikam sepasang anak mata milik Luthfan. Mendengarkan itu, langsung Luthfan berdiri tegak menghadap Elmira. Wajahnya sudah tidak manis. Hatinya dah rasa tak enak.

"Tapi kenapa, El? You dah tak sayangkan I ke?" lirih Luthfan menyoal.

"I dah tak ada hati dekat you,"

"Apa kurangnya I?"

"Banyak, Luth... banyak! Kekurangan you pada mata I tersangat lah banyak. Sampaikan I rimas!"

Luthfan tersentak hebat. Muka Elmira dah merah.

"You tengok lah diri you, Luth. Selekeh. Tak up-to-date langsung! You tak sama langsung dengan lelaki-lelaki lain kat luar sana. Cuba you tengok macam mana lelaki lain dress up. Dan cuba you tengok macam mana cara you dress up. Selekeh, Luthfan. Selekeh! I rasa malu gila bila berjalan sebelah you." Dengus Elmira, menyebak kasar rambut yang dah menutup separuh wajahnya.

Luthfan tunduk memandang tubuhnya. Jeans lusuh, t-shirt kosong tanpa kolar. Rambut pula cuma disisir biasa. Tak disapu gel, cuba pakai minyak rambut zaitun jenama Syahirah yang dia beli di pasaraya. Perfume? Jarang sangat dia nak pakai. Bukan tak nak pakai. Tapi kadang-kadang lupa nak sembur.

"Hanya sebab itu aje you nak putuskan pertunangan kita? El, I boleh berubah!"

"Berubah? Tiga tahun kita berkawan, baru sekarang you cakap you nak berubah? Dah terlambat, Luth!"

"El, alasan you untuk putuskan pertunangan kita sama sekali tak masuk akal!"

"I peduli apa? Lagipun, I dah ada orang lain. Dia jauh lebih bergaya daripada you."

"What?"

   Elmira selongkar tas tangan. iPhone ditarik keluar sebelum dia menayangkan skrin gajet itu dihadapan Luthfan. Panas rasa mata Luthfan bila gambar seorang lelaki yang segak bergaya dengan sut hitam itu terpampang pada skrin telefon Elmira. Muka lelaki tu tak ada lah handsome mana. Gaya aje lebih.

"You boleh nampak kan beza dia dengan you? Ketara sangat, Luth. Tengok la badan dia dengan badan you. Badan macam tu la yang perempuan tergila-gilakan sekarang ni. Bukan macam you, kerempeng! Macam orang tak makan setahun! So, I dah nekad dan I tetap dengan keputusan I. I nak putuskan pertunangan kita." Selamba Elmira menarik sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Tangan Luthfan ditarik sebelum kasar dia meletakkan sebentuk cincin itu di atas tapak tangan Luthfan.

"Halalkan apa yang you dah bagi pada I selama ni, Luth. I harap you akan jumpa perempuan yang lagi baik dan lagi sesuai dengan you." Sinis bicara Elmira seakan-akan tidak peduli langsung perasaan lelaki itu. Luthfan ketap bibir. Cincin di dalam pegangan tangannya itu digenggam erat.

"Lepasni, I harap you takkan menyesal, Elmira!"

"I? Menyesal? Tak kut. Goodbye, Luthfan Razin."

   Terus Elmira berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Hilang saja kelibat Elmira, menitis keluar air mata jantan Luthfan. Punggung terhenyak atas kerusi bangku sambil bahu dah terhinjut-hinjut. Hanya disebabkan dirinya yang tak reti berfesyen dan badan dia yang tak seperti lelaki-lelaki dekat luar sana, Elmira sanggup putuskan pertunangan mereka?

Perempuan, semua pandangkan luaran semata!

*****

"EH, Irfan. Sabtu ni awak teman saya pergi training basketball, eh? Tiga minggu lagi saya dah mula tournament dekat Yongyakarta." Uyaina sengih sambil menyumbat bebola marshmallow ke dalam mulut. Irfan kerling sekilas Uyaina di sebelah.

"Saya sibuk lah sabtu ni, Uya. Saya tak dapat nak temankan awak," ujar Irfan.

"Sibuk? Awak buat apa aje sabtu ni? Takkan awak kerja kut cuti hujung minggu?"

"Saya ada hal."

"Hal apa?"

   Irfan hela nafas kasar. Dia melompat turun dari buaian. Sejak dulu lagi, taman permainan ni memang jadi port favourite si Uyaina untuk mereka 'dating'. Salah satu sebabnya ialah taman permainan ni tempat terbuka dan tak jauh dari situ ada gelanggang bola keranjang. Riuh dalam gelanggang itu dengan suara jeritan dan sorakan. Uyaina Balqis, seorang gadis yang sangat gemarkan sukan bola keranjang. Sebab itu la sekarang ni, gadis itu merupakan salah seorang atlet yang mewakili Malaysia dalam sukan bola keranjang.

"Uya, let's talk about us."

   Uyaina kerut dahi.

"Macam serius aje bunyinya. Awak nak cakap apa pasal kita?"

   Irfan diam, menghela nafas panjang.

"Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan kita." Ucap Irfan, senafas. Plastik berisi marshmallow yang dipegang Uyaina terus terlepas dari tangan. Terkedu Uyaina mendengar apa yang keluar dari mulut Irfan beberapa saat lepas.

"Saya minta maaf. Saya rasa kita tak sesuai,"

"Apa maksud awak dengan tak sesuai?"

"Look, Uyaina. Saya bukan tak sayangkan awak, saya sayang. Awak satu-satunya perempuan yang sudi berkawan dengan saya dari saya tak ada apa-apa sampai lah sekarang ni saya dah ada apa yang saya perlu. Kita pun dah lama berkawan tapi Uya... saya rasa kita dah tak ada chemistry dalam perhubungan. Saya..."

"Awak dah ada perempuan lain kan, Irfan?" soal Uyaina, memotong percakapan lelaki itu. Irfan terdiam dulu. Mahu menafikan, tapi apa yang diperkatakan Uyaina adalah betul. Memang dia ada perempuan lain.

"Uya, saya..."

"Cantik sangat ke perempuan tu nak dibandingkan dengan saya?"

"Uya, bukan sebab dia cantik ke apa ke..."

"Tipu! Mesti perempuan tu lagi cantik daripada saya, kan? Saya tahu saya ni kasar, tak macam perempuan lain. Saya tak pandai nak dress up macam perempuan kat luar sana. Kalau nak bandingkan saya dengan perempuan-perempuan kat luar sana, memang la macam langit dengan bumi. Sebab itu kan awak dah tak boleh nak go on dengan saya?" hati Uyaina sakit. Nak menangis, tapi setitis air mata pun tak sudi nak keluar sekarang ni.

"Saya minta maaf, Uyaina." Tertunduk kepala Irfan. Uyaina gelak sinis. Plastik marshmallow yang dah menyembah lantai itu dicapai kasar. Tali beg disilangkan ke tubuh kurusnya.

"Lelaki semua sama aje! Asal cantik sikit, lupa terus yang dah ada! Aku menyesal kenal dengan kau, Irfan!" tengking Uyaina sebelum kaki dibawa pergi dari situ. Batu tak berdosa yang ada di laluan itu ditendangnya kasar dengan hati yang membengkak. Irfan diam sambil memandang susuk belakang Uyaina yang dah menjauh. Mata dipejam rapat.

"Kita tak sesuai, Uyaina. Maafkan saya,"

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now