Bab 13

1.5K 184 7
                                    

MEMASUKI stadium bola keranjang, Uyaina liarkan pandangan ke sekeliling. Ramai betul manusia yang datang untuk menyokong atlet negara masing-masing. Majoritinya ialah penonton daripada Thailand lah memandangkan perlawanan diadakan di negara ini. Penyokong daripada Malaysia boleh lah tahan walaupun tidak begitu ramai.

   Uyaina menghampiri kelompok anak-anak buahnya yang masing-masing menyarung jersey berwarna putih dengan lambang bendera Malaysia pada bahagian dada.

   "Ladies and gentleman, we'll start our game very-very soon. Today, we'll see a friendly match between team Malaysia against team Thailand." Bunyi sorakan berselang seli dengan siulan yang cukup kuat membuatkan bulu roma masing-masing berdiri. Melihatkan atlet negara masing-masing di bawah, membuatkan ada sedikit rasa bangga dan teruja menyelinap masuk.

Suara emcee kedengaran lantang melalui pembesar suara menyebut satu persatu nama pemain daripada negara Malaysia dan Thailand. Bunyi sorakan tidak putus-putus kedengaran menjerit. 

   "For Malaysia..."

   "Number zero, Rihanna. Number one, Nur Afifi. Number two, Lee Sin Yew. Number four, Ann Yuen. Number six, Krishna. Number seven, Suraya. Number eleven, Laila Safirah. Number twenty, Teoh Sew Ling. Number twenty seven, Cynthia Brian. Number thirty four, Arissa Mohamad. Number thirty five, Gayathri Sumari. And number fourty one, Fiona Alexa. Coach is Miss Uyaina Balqis and the assistant coach Miss Hamimi and team manager Mr. Raven Ganesan."

Uyaina dan Hamimi saling berlaga bahu sebelum mendapatkan team manager Mr Raven Ganesan. Masing-masing berdiri tegak bila lagu kebangsaan negara Thailand berkumandang sebelum berganti dengan lagu kebangsaan Malaysia.

   Selesai, para atlet memasuki gelanggang dan menyalami pihak lawan. Uyaina dan Hamimi ambil duduk di kerusi yang disediakan selepas bersalaman dengan jurulatih daripada Thailand.

Permainan dimulakan tidak lama selepas bunyi wisel kedengaran. Lincah para atlet seramai lima orang itu merebut bola menuju ke tiang gol team masing-masing. Uyaina tahan debar. Dia akui, pihak lawan daripada Thailand memang cukup cekap dan handal. Sekelip mata saja bola yang berada dalam pegangan pemain Malaysia direbut begitu sahaja sebelum sorakan kedengaran menandakan team Thailand berjaya menjaringkan jaringan yang pertama.

   Sepanjang perlawanan, tidak henti-henti Uyaina menjerit memberi arahan dari luar gelanggang. Hatinya sudah mula tidak tenang bila mereka sudah ketinggalan beberapa mata di belakang. Tamat suku permainan pertama, atlet-atlet yang sudah bermandi peluh berjalan keluar daripada gelanggang.

   "Guys, it's 23-14. Kita ketinggalan sembilan mata di belakang. Come on, guys!" tutur Uyaina menepuk tangannya beberapa kali. Beberapa minit kemudian, para atlet kembali ke gelanggang untuk suku permainan seterusnya.

Hamimi tepuk bahu Uyaina.

   "Insya-Allah, dia orang akan cuba sehabis baik. Jangan risau," Hamimi memujuk lembut. Hampir dua jam perlawanan menentang Thailand dengan empat pusingan perlawanan, Uyaina tunduk meraup wajah. Mungkin tiada rezeki mereka bila bunyi wisel ditiup menandakan permainan sudah tamat. Bunyi sorakan daripada team Thailand bergema di dalam dewan itu meraikan kemenangan.

   "It's okay, Uyaina. It's okay." Mr. Raven tepuk bahu Uyaina beberapa kali. Wajah gadis itu begitu menunjukkan kekecewaan. Uyaina menghampiri jurulatih daripada pihak lawan. Wajah dimaniskan sehabis boleh.

   "Congratulation for your team, coach." Tutur Uyaina. Tangan dihulur menyalami tangan jurulatih wanita itu.

   "Thank you. Congratulation, Miss Uyaina. Your kids played very well."

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now