"Memang saya ikhlas. Ikhlas nak tolong awak, ikhlas nak lindungi awak."
"Lindungi apanya? Kita bukannya ada apa-apa hubungan kekeluargaan pun!"
"Soon?"
"Hah?"
"Saya tak tahu berapa kali saya kena ulang benda yang sama dekat awak. Tapi tak apa, saya memang takkan pernah jemu untuk ulang benda ni selalu. Saya... suka... awak." Balasan Luthfan buat Uyaina kembali kunci mulut.
"Awak gi..."
"Gila? Ya... ya. Memang saya gila. Gila kan awak, Uyaina."
"Saya tak suka awak!"
"Hmm... tipu lah kalau perkataan tu tak menghiris hati saya but nevermind. Soon, I'll change the words 'saya tak suka awak' kepada 'saya sangat sukakan awak'." Luthfan kenyit mata selepas itu. Uyaina dah rasa macam sesak nafas. Dia tak tahu lah lelaki depan dia ni sejenis spesis yang macam mana. Spesis yang tak tahu malu kut?
YOU ARE READING
Percaya Pada Janji | Terbit
Romance8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi la...