"Semua lelaki dalam dunia ni tak berguna. Termasuk abah!" usai menuturkan ayat itu, Uyaina berlari pergi. Sekilas Luthfan jeling Encik Murad sebelum dia berlari mengejar Uyaina yang dah jauh.
Uyaina buka pintu kereta sebelum ada tangan yang pantas menutupnya kembali. Ketat wajah Uyaina memandang ke arah Luthfan.
"Uyaina..."
"Eh, boleh tak awak jangan campur urusan hidup saya? Masalah saya dengan abah saya, tak ada kena mengena dengan awak. Tak payah la awak nak acah-acah jadi superhero yang muncul tiba-tiba. Saya tak perlukan bantuan sesiapa," Uyaina jeling tajam. Buka pintu, sekali lagi Luthfan menolak mudah.
"Saya nak tolong awak, Uyaina."
"Sorry. Tapi saya tak perlukan pertolongan sesiapa terutamanya daripada awak."
"You need me."
"Pardon me? Kenapa saya perlukan awak? Dengar sini ya, sebelum ni saya susah sorang-sorang. Saya boleh selesaikan masalah saya sendiri. Saya bukan perempuan lemah dan saya boleh berdiri atas kaki saya sendiri."
"Boleh tak awak jangan terlampau ego?! Tak boleh ke kalau awak terima aje pertolongan daripada saya? Saya ikhlas."
"Saya tak pernah minta pertolongan sesiapa. Bukan salah saya kalau saya menolak. Excuse me," kasar Uyaina tepis tangan Luthfan pada pintu keretanya sebelum cepat-cepat dia bolos masuk ke dalam kereta. Luthfan cekak pinggang bila Toyota Camry yang dipandu Uyaina berundur pergi.
Luthfan mendengus kasar. Perempuan degil!
YOU ARE READING
Percaya Pada Janji | Terbit
عاطفية8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi la...