Bab 3

2.8K 362 17
                                    

Empat tahun kemudian...

"ENCIK Luthfan."

   Luthfan menoleh. Kain tuala kecil yang disangkut pada lehernya itu sesekali dibawa mengelap wajah. Munir yang sedang melangkah merapatinya itu dipandang.

"Ya, Munir?"

"Tadi Mr. Choo call. Dia cakap Triceps Extension yang Encik Luthfan order bulan lepas dah ready. Dia tanya bila boleh hantar sini?" tutur Munir menyampaikan apa yang diberitahu Mr. Choo, seorang pemilik Dinamix Sdn Bhd iaitu syarikat yang membekalkan peralatan gymnasium melalui telefon tadi.

"Oh, suruh aje dia hantar esok pagi. Sekarang ni dah lewat petang," balas Luthfan. Terangguk-angguk kepala Munir.

"Baik, Encik Luthfan." Munir berlalu. Luthfan hela nafas panjang. Langkah dibawa ke satu ruang rehat. Punggung dihenyak pada sofa lantas tubuh disandar selesa. Matanya dipejam untuk beberapa minit melepaskan lelah kerana berlari di atas treadmill hampir satu jam tadi. Penat, memang penat.

Buka mata, pandangannya diliarkan ke sekeliling ruangan sederhana luas itu. Empat tahun. Empat tahun tempoh waktu untuk dia membangunkan sebuah pusat gym di ibu kota ini. Luth Fitness Centre. Sebelum ini, langsung tak pernah terdetik di fikirannya bahawa satu hari nanti dia akan mempunyai pusat gym tersendiri sementelah dulu dia bukan lah kaki gym. Sebab itu dulu badannya kurus kerempeng!

Dia akui tahun pertama membangunkan Luth Fitness Centre agak mencabar kerana di kawasan itu terdapat dua tiga buah pusat gymnasium yang lain. Jadi, persaingan agak sengit. Hari demi hari, bulan demi bulan, pelanggannya makin ramai sehinggakan untuk menjadi ahli Luth Fitness Centre hampir full. Luthfan sendiri tak sangka penerimaan pelanggan di tempatnya begitu memberangsangkan. Rezeki Allah, detiknya.

Tahun kedua, Luthfan menambah keluasan ruang gym miliknya. Dan kini, Luth Fitness Centre merupakan pusat gymnasium terbesar di ibu kota dan dikenali ramai orang. Lima belas minit melepaskan lelah, Luthfan capai beg galas miliknya lalu bergerak ke tingkat bawah. Kelihatan beberapa orang pekerjanya di situ.

"Eh, Encik Luth... dah nak balik?" soal Ummar, salah seorang pekerja di situ. Luthfan senyum nipis.

"Haah, dah nak balik. Macam mana kerja hari ni? Okey?"

"Okey sangat bos! Kalau Encik Luth nak tahu, hari ni ada tiga orang yang daftar jadi member LFC." Terjongket-jongket kening tak berapa nak tebal si Ummar.

"Alhamdulillah,"

   Luthfan puas hati. Setakat ini, jumlah ahli di pusat gym miliknya sudah mencecah ratusan orang. Lingkungan umur dari lapan belas tahun sehingga empat puluh tahun.

"Oh ya, Encik Luth. Lupa nak bagitahu. Tadi ada seorang perempuan datang nak jumpa Encik Luth. Tapi bila saya cakap yang Encik Luth tengah workout, terus dia cakap tak apa. Katanya, nanti dia datang balik. Mungkin dia tak nak ganggu Encik Luth kut," bicara Ummar lagi. Pelipis Luthfan berkerut. Perempuan? Perempuan mana?

"Siapa?"

"Tak kenal la, Encik Luth. Dia tak bagitahu nama dia pun,"

   Malas dah Luthfan nak fikir siapa perempuan yang datang mencarinya tadi. Kalau dia perah otak sampai keluar air pun, bukan dia boleh tahu siapa.

"Tak apa lah. Saya balik dulu. Kerja elok-elok."

"Baik, Encik Luth!"

   Luthfan bawa langkah keluar dari LFC. Honda Civic biru miliknya dihampiri. Tak lama kemudian, kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan ruang pakir di hadapan Luth Fitness Centre.

*****

BOLA dilantun beberapa kali sebelum dimasukkan ke dalam jaring. Bola yang kembali melantun kuat pada lantai itu dirampas. Dilantun beberapa kali sebelum dijaringkan lagi. Letih, Uyaina biarkan bola itu melantun sendiri sehingga ke tepi gelanggang. Tubuh direbahkan atas lantai. Terkebil-kebil dia pandang siling tinggi. Peluh yang sudah merenik di dahi dan membasahi jersey lengan pendek di tubuh sudah lencun dengan peluh.

"Marahkan siapa?" suara seseorang menyentakkan Uyaina yang sedang cuba mengembalikan rentak nafas normal. Kepala diangkat sedikit memandang langkah sesorang yang mendekatinya. Lihat si empunya suara, Uyaina kembali berbaring.

"Tak marahkan siapa pun," balas Uyaina. Hamimi gelak kecil.

"Bukan ke kalau kau marahkan seseorang atau kau sedih, kau akan main basketball sorang-sorang kat sini? Paling kurang, kau akan habiskan satu jam dengan bola oren tu." Memuncung mulut Hamimi ke arah beberapa biji bola oren di tepi gelanggang. Uyaina pula gelak kecil dengan mata yang terpejam.

"Tak ada lah. Saja hari ni nak keluarkan peluh. Dah lama tak shoot bola," lagi Uyaina membalas. Kesibukannya sebagai seorang jurulatih pasukan bola keranjang negara bawah lapan belas tahun buat dia agak sibuk untuk meluangkan masa sendiri dengan bola oren itu. Meskipun dia seorang jurulatih bola keranjang, beberapa kali saja dia bermain seperti tadi sendirian.

"Iya lah tu. Budak-budak mana?" soal Hamimi, merujuk kepada anak-anak didik Uyaina seramai dua belas orang itu.

"Balik. Hari ni aku kasi dia orang me-time. Kesian sebab minggu ni dia orang terpaksa kerah tenaga untuk latihan non-stop. Sebab tak lama lagi dah game," jawab Uyaina. Beberapa minggu lagi atlet-atlet muda bola keranjang negara akan menentang team dari Thailand dalam perlawanan persahabatan. Banyak benda yang harus dia ambil kira untuk perlawanan itu nanti. Khususnya dari segi kesihatan mental dan fizikal para atletnya.

"Kau dah pergi LFC?"

"LFC?"

"Luth Fitness Centre,"

"Oh. Dah pergi tadi tapi owner dia orang tengah workout. Aku malas nak kacau. Lain kali aje la aku pergi balik." Uyaina hela nafas panjang sebelum dia duduk belunjur di atas lantai.

"Lebih baik kau pergi bincang siap-siap dengan owner LFC tu. Bukan apa, aku takut nanti full. Kau bukan tak tahu, LFC tu satu-satunya pusat gym yang orang tengah aim. Dah la fee untuk jadi member kat situ murah kalau nak compare dengan tempat lain. Plus, female workout area kat tempat tu luas wei. Selesa aje." Tambah Hamimi lagi.

"Iyalah. Esok lusa aku pergi lah. Eh, kau dari mana aje?" giliran Uyaina pula menyoal. Hamimi merupakan kawan baiknya sejak dulu lagi. Sekarang ni Hamimi merupakan orang kanannya a.k.a pembantu jurulatih.

"Keluar dengan Izham," tersengih Hamimi. Uyaina juling mata ke atas.

"Kerap sangat kau keluar dengan Izham tu. Baik kau orang nikah aje terus!"

"Sabar lah kejap. Duit tak cukup lagi ni,"

"Otak kau tak cukup! Izham tu kerja bukan main hebat lagi. Takkan la duit tak cukup-cukup lagi?" dengus Uyaina. Izham, teman lelaki Hamimi selama dua tahun itu merupakan seorang engineer.

Hamimi sengih tak membalas. Diam di antara mereka berdua sebelum Uyaina bangun dari posisi. Langkah kaki dibawa ke tepi gelanggang mencapai beg dan kain tuala kecil. Hamimi yang sedang berjalan itu dijeling.

"Aku nak balik mandi ni. Kau?"

"Aku ikut kau balik la. Aku kan orang kanan kesayangan kau."

"Tahu pun!"

   Hamimi sengih lagi.

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now