Bab 14

1.5K 178 4
                                    

SUDAH sebulan selepas pulang daripada Thailand, Uyaina dah tak nampak batang hidung Luthfan. Kalau dia ke LFC, memang dia takkan terserempak dengan lelaki itu. Lega? Sikit lah. Sebab kadang-kadang boleh sesak nafas juga bila Luthfan keluarkan kata-kata 'gila' dia tu. Memang tak reti behave.

   Ke, dia merajuk dan terasa hati dengan aku eh? Atau dah putus asa?

   Uyaina geleng kepala. Itu dia punya pasal lah, Uya. Kalau pun dia dah putus asa, bagus lah. Memang kau tak berminat pun dengan dia. Eh?

   "Uya!" tepukan di bahu buat Uyaina tersentak hebat. Punya lah ralit fikirkan pasal Luthfan, sampaikan kedua-dua bahu terhinjut bila disergah Hamimi. Uyaina hela nafas panjang. Kus semangat hamba!

   "Apa?" soal Uyaina malas-malas. Mata sesekali menyoroti anak-anak buahnya yang sedang lincah di atas gelanggang. Selepas kekalahan mereka di Thailand bulan lepas, makin bersemangat pula mereka berlatih. Tekadnya, mereka akan menebus kekalahan mereka dalam perlawanan yang akan datang.

   "Tak ada apa lah. Jauh kau termenung. Ingatkan siapa?"

Uyaina geleng kepala.

   "Tak ingat sesiapa pun. Tengah fikir strategi untuk next game."

   "Alah, chill la Uya. Kau anggap aje kekalahan kita tempoh hari adalah permulaan. Aku yakin seratus peratus, next game nanti kita mesti menang. Insya-Allah."

Uyaina senyum nipis. Beberapa minit selepas itu, sekali lagi Hamimi tepuk bahu dia. Bukan sekali, tapi banyak kali. Hamimi ingat bahu dia ni kompang ke apa?

   "Tu, tu..." memuncung mulut Hamimi terjuih ke arah pintu gelanggang. Bila mata Uyaina terpandangkan sosok tubuh seseorang tak jauh dari situ, automatik wajah Uyaina berkerut. Irfan? Dia buat apa kat sini?

Lantas Uyaina heret langkah mendapatkan Irfan yang berdiri menyeluk tangan ke dalam kocek seluar.

   "Buat apa kat sini?" soal Uyaina, kurang senang. Selepas Irfan memutuskan hubungan mereka empat tahun lepas, sumpah Uyaina dah tak mahu berhubung lagi dengan lelaki itu. Dia dah tak kisah bila Irfan menjemputnya ke majlis perkahwinan lelaki itu dulu. Tahun lepas dia dengar khabar yang Irfan dah bercerai dengan isterinya. Reaksi Uyaina? Entah lah. Jangan ditanya kepada orang yang dah tawar hati.

   "Saya nak cakap sikit dengan awak, boleh?" pinta Irfan, lembut. Uyaina peluk tubuh.

   "Cakap aje lah kat sini. Saya tengah training budak-budak, tak nampak ke?"

   "Hamimi kan ada. Lagipun, kejap aje. Please?" Irfan dah tayang muka merayu. Jeling Hamimi, Uyaina bawa langkah ke arah bangku yang terletak di luar dewan gelanggang. Irfan ambil duduk di sisi Uyaina. Jarak dijaga kalau dia tak mahu dengar Uyaina marahkan dia sebab duduk rapat-rapat.

   "Cakap cepat sikit." Uyaina peluk tubuh dan bersilang kaki. Lurus pandangan dilontar ke hadapan.

   "Awak sihat, Uyaina?"

   "Alhamdulillah. Terlebih sihat,"

   "Bagus lah. Sebenarnya saya ada masalah dengan bekas isteri saya. Saya tak tahu nak luah dekat siapa lagi kecuali awak sebab saya tahu... awak adalah pendengar yang baik. Walaupun kita cuma berkawan biasa. Tapi tolong lah, Uyaina... tolong dengar apa luahan masalah saya. Boleh?" lagi sekali Irfan merayu. Uyaina mengeluh bosan.

Dia pun tak faham dengan Irfan ni. Ini bukan kali pertama Irfan datang konon nak buat sesi luahan perasaan dan masalah kepadanya. Mungkin dah tiga empat kali. Uyaina pula cuma pasang telinga mendengar. Bak kata Irfan, dia adalah pendengar yang baik. Kononnya lah. Entah la... Irfan ni tak ada kawan kut nak share masalah sendiri? Kesiannya hidup.

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now