Teaser 8

1.1K 91 3
                                    

UYAINA jeling Luthfan dengan hujung mata. Hari ni, seharian Luthfan mengekor dia. Bila Uyaina 'halau' Luthfan ke LFC, banyak betul alasan yang Luthfan kasi. Malas lah, tak ada mood lah, tak ada urusan penting lah kat sana dan macam-macam lagi sampai Uyaina sendiri rasa penat nak menghalau. Makanya, Luthfan di sini... menempel dengan dia.

   "Sayang, saya lapar!"

   Terkedu Uyaina untuk beberapa saat bila tiba-tiba suara lantang Luthfan menyapa gegendang telinganya. Terpincing-pincing matanya memandang Luthfan di belakang. Muka Luthfan pula selamba aje macam tak cakap apa-apa tadi. Seminit, gatal telinga Uyaina menangkap suara bisikan halus dari anak-anak buahnya. Masing-masing tengah pandang dia dan Luthfan sambil tersenyum-senyum mengusik. Uyaina juling mata ke atas.

Ah, sudah!

   "Kalau awak lapar, pergi lah cari makan sendiri. Awak ingat saya ni mak awak ke?"

   "Eh, awak kan isteri saya. Makan minum saya awak lah kena jaga."

   "Kita bukan dekat rumah lah, Luthfan."

  "Jadi, apa bezanya? Dekat rumah awak isteri saya, dekat luar pun awak isteri saya."

Uyaina cekak pinggang dengan sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi pegang kepala. Sungguh la, fe'el si Luthfan ni macam budak-budak. Budak-budak yang tengah mengadu lapar dekat mak dia. Nasib baik Luthfan tak merengek aje. Kalau Luthfan merengek, mahu dia baling bola oren ke dahi lelaki itu!

   "Saya tengah sibuk ni, Luth." Keluh Uyaina.

   "Perut saya dah kriuk-kriuk ni sayang." Luthfan pegang perut. Uyaina jeling jam yang terlilit di pergelangan tangannya. Sebelas tiga puluh minit pagi. Pukul dua belas pun belum masuk, Luthfan dah mengadu lapar. Tadi breakfast, bukan main lagi Luthfan melantak. Dua bungkus nasi lemak kut! Hesy, laki dia ni bela saka ke apa?

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now