Bab 15

2K 191 5
                                    

PINTU kereta ditutup dan dikunci sebelum tubuh seseorang tiba-tiba berdiri menyekat laluannya. Uyaina angkat kepala dengan kerutan di dahi. Dah lama dia tak jumpa orang tua ni tapi hari ni tiba-tiba pula dia muncul.

"Datuk Razali?" terlepas keluar nama itu dari dua ulas bibir nipis Uyaina. Datuk Razali tarik satu senyuman panjang. Atau lebih tepat lagi, senyuman miang macam ulat bulu terlebih berbulu.

"Long time no see... Cik Uyaina." Datuk Razali kenyit mata. Menyeringai dia pandang wajah tak selesa Uyaina.

"Ada apa Datuk Razali tiba-tiba muncul depan saya ni?" Uyaina menyoal terus.

"Tak ada apa-apa. Kebetulan, I nampak kereta you dekat sini. Itu yang I datang tegur you." Jawab Datuk Razali dengan sebelah tangan menyeluk ke dalam kocek seluar. Uyaina pegang erat tali beg di bahu. Rasa rimas dan tak selesa bila mata galak Datuk Razali dah pandang dia atas bawah seolah-olah tengah scan tubuh dia pulak.

Langsung Uyaina undur beberapa tapak ke belakang.

"Saya sibuk. Kalau Datuk Razali tak ada benda penting nak cakap, saya minta diri dulu."

"Eh, tunggu lah dulu." Bila tangan Datuk Razali tiba-tiba saja mencengkam sikunya dari belakang, Uyaina terus merentap kasar. Wajah benar-benar tak suka dan tak selesa itu ditayang geram.

Menyedari renungan dan tindak balas negatif Uyaina, Datuk Razali angkat tangan sebelah. Tanda maaf kerana menyentuh Uyaina sesuka hati walaupun berlapik. Uyaina mendengus. Orang tua ni memang gatal. Tak sedar lagi kut yang kubur dah memanggil-manggil? Uban atas kepala tu belum cukup kut bagi peringatan bahawa umurnya dah tak panjang? Tsk, tsk, tsk. Sadis.

"You sihat, Cik Uyaina?" soal Datuk Razali.

"Sihat." Sepatah Uyaina menjawab sambil mata meliar ke sekeliling. Tak mahu pandang wajah lelaki tua dekat depan dia sekarang ni. Menyeramkan dan menggelikan. Orang tua tak sedar diri!

"Abah you sihat?"

Langsung bertambah lapisan di dahi Uyaina bila mendengarkan soalan itu. Kenapa tiba-tiba Datuk Razali ni tanya pasal Encik Murad pulak?

Uyaina tak menjawab. Wajah pelik dia tayang.

"Tanya pun tak boleh ke? Rasanya lepas dia ambil duit I, muka dia tu I dah tak nampak dah. Entah dekat mana abah you tu menyorok dengan duit-duit I ya?" Datuk Razali senyum sinis.

"Apa? Abah saya pinjam duit datuk?"

"Tak pinjam. It's more like... a business."

"Berapa banyak?"

"Dalam seratus ribu."

"Apa?!"

Membulat besar mata Uyaina mendengarkan jumlah wang yang Encik Murad dapat daripada Datuk Razali. Seratus ribu? Pastinya bukan amaun yang sedikit. Buat apa abahnya itu mengambil duit sebanyak itu daripada orang kaya ni?
Eh, sekejap. Uyaina teringatkan sesuatu.

Beberapa minggu lepas, Encik Murad ada belikan barang-barang mewah untuk dia dan adik-adik. Itu ke hasil daripada duit Datuk Razali? Seratus ribu itu? Kalau lah betul... Ya Allah!

"Cik Uyaina, are you okay? Jauh termenung?" Datuk Razali petik jari depan wajah Uyaina. Segera Uyaina tersentak.

"Boleh saya tahu business apa yang abah saya buat sampaikan boleh dapat duit sebanyak tu daripada datuk?" serius wajah Uyaina menyoal. Datuk Razali peluk tubuh dengan senyuman misteri yang bergayutan di bibir hitamnya. Tanda merokok.

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now