Bab 4

2.8K 365 29
                                    

BERPELUK tubuh Uyaina memandang anak-anak buahnya yang sedang berlari melakukan line warm-up di gelanggang. Anak-anak buahnya seramai dua belas orang itu kelihatan begitu bersemangat. Sepuluh minit memerhati, Uyaina tepuk tangan menarik perhatian. Serentak atlet-atlet muda itu berlari anak mendapatkan Uyaina di tepi gelanggang.

"Dah makan?" Uyaina menyoal.

"Dah Miss Uya." Jawab mereka yang sudah berpeluh gara-gara melakukan warm-up sebelum latihan dimulakan.

"Bagus. Seperti yang sedia maklum, tak lama lagi kita akan bertemu Thailand dalam satu friendly match. Sebelum ni, kita sipi-sipi aje lagi nak kalah dengan team Thailand. Kali ni, saya tak mahu sipi-sipi. Saya nak team kita menang besar walaupun ianya sekadar friendly match dan bukan tournament. Ingat, kita bawa nama negara kita. Saya nak awak semua harumkan nama negara kita di Asia. Saya yakin awak semua boleh. Saya sangat yakin kita boleh menang sebab awak semua adalah yang terbaik di antara yang terbaik yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam game bola keranjang." Uyaina berjeda dulu. Galak bebola matanya bergilir-gilir memandang satu persatu wajah anak buah dibawah tanggungjawabnya itu. Uyaina peluk tubuh.

"Untuk beberapa minggu terakhir ni, kita akan sentiasa buat latihan sekalipun pada waktu malam. You must be ready... physical and mental. You must always learn... learn and learn. Jangan merungut, jangan malas dan jangan skip training. Dan..."

"Jangan buat Miss Uya marah!"

   Hujung bibir Uyaina dah herot satu senyuman.

"Tahu pun. Okey, be ready. Team satu dan team dua, get your own position." bola oren yang dia ambil di tepi kaki dilantunkan beberapa kali sebelum melangkah ke tengah-tengah gelanggang. Untuk beberapa minit, bunyi wisel nyaring kedengaran.

*****

"PAPA!"

   Luthfan mendengus. Langkah kakinya terpasak ke lantai bila satu suara halus itu menyapanya. Berlari kecil seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mendapatkan Luthfan yang berura-ura mahu menapak ke pintu keluar.

"Papa Luth nak pergi mana?" becok kanak-kanak itu menyoal dengan sengihan. Luthfan cekak pinggang dengan sebelah tangan.

"I'm not your papa, girl."

"Tapi mama cakap Papa Luth adalah papa Kila."

"Itu mama awak yang cakap, bukan saya. Saya bukan papa awak." Luthfan dah hampir hilang sabar. Dah berbuih mulutnya memberitahu perkara yang sebenar. Bahawa dia bukan papa kepada kanak-kanak perempuan yang bernama Kila ini. Tetapi Kila seolah-olah tak mahu dengar.

"Habis mana papa Kila?"

"Mana la saya tahu. Awak tanya lah mama awak!"

"Tapi mama cakap Papa Luth adalah papa saya!"

   Luthfan dongakkan kepala memandang ke atas dengan kedua-dua belah tangan dicekak ke pinggang. Bibir diketap rapat. Kalau di depan dia ini bukan budak, memang dia dah tinggikan suaranya. Haih, nasib budak.

"Nama saya Luthfan Razin. Nama papa awak ialah Irfan. See? Tak sama, kan? Itu salah satu tanda yang saya bukan papa awak. Saya takde kena mengena dengan awak. Awak bukan anak saya," jari telunjuk Luthfan dah menunding ke arah Kila. Sesaat, kolam mata Kila dah bergenang air mata. Bibir dah tercebik-cebik. Beberapa saat lagi pasti rumah ini bingit dengan suara tangisan seorang kanak-kanak.

Uwaaa!

See, baru aje cakap! Kan dah menangis!

"Luth!" tergocoh-gocoh dua susuk tubuh manusia berlari mendapatkan Luthfan dan Kila di ruang tamu. Puan Hayati sudah duduk memeluk tubuh Kila yang dah bergegar kecil. Tangan kecil itu naik menenyeh mata sendiri.

"Luth buat apa dekat Kila?" soal Puan Hayati.

"Luth cuma bagitahu dia yang Luth bukan papa dia. Dia bukan anak Luth!" jawapan Luthfan membuatkan tangisan Kila semakin berlagu-lagu. Luthfan jeling Kila yang bukan main lagi menangis macam kena pukul. Puan Hayati hela nafas.

"Luth, dia cuma budak yang tak tahu apa-apa. Boleh tak kalau Luth mengiyakan aje apa yang Kila cakap?" lembut Puan Hayati menegur. Laju Luthfan gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

"No. Memang betul pun yang Luth ni bukan papa dia."

"Luth..."

   Terus mata Luthfan tersasar ke arah suara yang menegur. Nafas kasar dihela.

"Kita cakap kat luar eh?" wanita itu berlalu dengan riak yang Luthfan sendiri sukar mahu tafsir. Tak menunggu lama, langkah wanita itu diekori dari belakang meninggalkan Kila yang sedang ditenangkan Puan Hayati.

Sandal disarung lantas dia menapak menghampiri Elmira. Berpusing tubuh wanita itu memandangnya.

"I minta maaf sebab anak I buat you tak selesa."

"Memang!"

   Elmira mengeluh lemah.

"But she's just a kid, Luth. Boleh tak kalau you layankan aje apa yang dia cakap?" pinta Elmira, lembut. Luthfan gelak sinis. Pinggang dicekak.

"You nak I layankan apa aje yang anak you cakap? Kalau anak you panggil I ni papa dia, I kena mengaku... macam tu? You gila ke apa, El? Sampai sekarang I tak faham kenapa you hasut fikiran anak you tu sampai anak you ingat I ni papa dia. I bukan papa dia dan dia bukan anak I!"

"Tapi Kila perlukan papa,"

"Pergi la cari Irfan! Kenapa I?!"

   Elmira meramas-ramas jemari sendiri. Sungguh sekarang ni dia benar-benar terasa dengan Luthfan. Ya, memang betul Luthfan bukan papa Kila. Papa Kila yang sebenarnya adalah Irfan, bekas suaminya. Mereka bercerai tahun lepas gara-gara tidak sehaluan.

"Irfan tak mengaku Kila tu anak dia, Luth."

"Bukan masalah I,"

"Luth, tak boleh ke kalau you kesiankan Kila?"

"Why should I, Elmira? Empat tahun lepas, you putuskan pertunangan dengan I disebabkan you dah jumpa lelaki yang lagi bergaya dan lagi hebat daripada I. You tinggalkan I tanpa belas kasihan cuma disebabkan I ni tak menarik pada pandangan mata you. Okey, fine! I tak kesah kalau you pilih lelaki lain berbanding I sebab itu membuktikan perempuan macam you ni, jenis pandangkan rupa dan luaran dan bukan hati. Tapi sekarang, kenapa you muncul balik depan I dan family I dengan anak you tu? You nak minta belas ihsan umi I ke? Nak tagih simpati bila you dah jadi ibu tunggal? Terdesak nak cari papa untuk anak you tu?" panjang lebar ayat-ayat itu keluar dari dua ulas bibir Luthfan.

   Elmira dah menangis. Sebak dia bila mengingatkan kekejaman yang telah dia lakukan kepada Luthfan empat tahun lepas.

"Luth, I minta maaf. Waktu tu I belum matang lagi. I bodoh,"

"I tak nak dengar maaf you tu, Elmira. Telinga I dah lali."

   Elmira tekup mulut dengan sebelah tangan, tak mahu tangisnya terlepas. Memutuskan pertunangannya dengan Luthfan empat tahun lepas merupakan satu kesalahan besar. Hanya gara-gara waktu itu Irfan jauh lebih bergaya dan nampak matang, dia tinggalkan Luthfan yang langsung tidak menarik pada pandangan matanya. Fikirnya, dia akan bahagia dengan Irfan. Namun dia salah. Irfan juga sejenis lelaki yang mengejar perempuan berkaki panjang macam model. Kifarah? Iya, dia sudah dapatkannya atas apa yang dia dah buat dulu.

"Bagi I peluang, Luth... I nak tebus dosa I pada you."

"I tak nak dekat you, El. I langsung tak ada perasaan pada you."

"Tapi Kila..."

"Anak you tu ada papa dia sendiri. I bukan papa dia dan I takkan sudi jadi papa dia sampai bila-bila. I mohon pada you, tolong ajar anak you untuk berhenti panggil I papa atau I sendiri akan berkeras dengan anak you. Keep my word, Elmira." Serentak itu, Luthfan bawa langkah ke arah garaj. Tak sampai seminit, Honda Civic milik Luthfan dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.

Tangisan Elmira pecah.

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now