MASING-MASING saling berpandangan bila kedatangan Luthfan tengahari itu dah macam puting beliung tengah mengamuk. Langsung tiada senyuman atau sapaan mesra Luthfan buat pekerja-pekerja di LFC. Tadi pun, bergegar tubuh mereka dengar bunyi pintu ofis yang Luthfan hempas kuat tadi.
"Moody teruk Encik Luth tu. Ada masalah ke?" Mala menyinggung bahu Ummar yang duduk di kaunter depan. Ummar angkat bahu dengan cebikan di bibir.
"Entah la. Datang bulan kut,"
"Eh, kau ni! Loyar buruk pulak dia!" Mala jeling bila Ummar dah berloyar buruk. Masing-masing kembali dengan kerja sendiri. Takut pula nanti kalau kena marah bila bos besar nampak mereka tengah menyembang. Walaupun mereka sendiri tahu yang Luthfan bukan lah seorang yang pemarah. Jauh sekali nak mengamuk tak tentu pasal. Jarang sangat Luthfan nak moody macam hari ini sampai main hempas-hempas pintu.
"Assalamualaikum," Uyaina muncul lima belas minit selepas itu. Ummar angkat kepala seraya menyengih panjang.
"Waalaikumussalam, cik..."
"Err saya yang datang dua hari lepas."
"Iya, saya ingat. Cik nak jumpa dengan Encik Luth, kan?"
Uyaina senyum sambil angguk kepala. Ikutkan dia malas lagi nak datang tunjuk muka kat sini. Tapi bila Hamimi dah mendesak, dia datang juga. Hamimi tu nama aje orang kanan tetapi boleh dikatakan semua kerja Uyaina yang buat sendiri. Tapi Uyaina tak kisah pun memandangkan dia sejenis yang suka buat kerja sendiri.
Ummar nampak gelisah. Dia nak masuk jumpa Luthfan dalam bilik ofis, tapi takut kena marah. Tapi kalau tak masuk, kesian pulak cik kak ni datang jauh-jauh dah dua kali semata-mata nak jumpa dengan Luthfan.
"Encik Luth awak takde ke? Kalau takde, saya..."
"Eh, ada cik! Dia ada dalam bilik ofis dia. Cuma..."
"Cuma..."
Uyaina jongket kening menanti sambungan kata lelaki berbadan comel itu.
"Ummar! Mana penyata yuran dan form ahli yang bulan lepas punya? Kenapa tak ada dalam fail rekod?" sekelip mata saja Luthfan dah menempel di sisi kaunter dengan wajah tanpa senyuman. Ummar teguk liur kesat. Tengok muka garang Luthfan, sumpah buat dia rasa nak terkucil kat sini.
"Err penyata yuran dengan form ahli saya letak dalam fail yang baru, Encik Luth."
"Kenapa tak compile dalam satu fail?!"
"Bu... bukan ke hari tu Encik Luth suruh saya asingkan penyata yuran dan form ahli bulan lepas dengan yang sebelum ni sebab Encik Luth nak kemaskini baru?" Ummar pula pulangkan soalan. Luthfan terdiam dulu bila otaknya mula memproses. Sedar salah sendiri kena menyerang Ummar membabi buta, Luthfan hela nafas berat.
Luthfan, kau tak patut terbawa-bawa amarah kau pada Elmira ke sini! Kan dah malu.
Tak membalas apa, Luthfan kembali atur langkah ke ruangan ofis.
"Encik Luth!"
Laju Luthfan berpusing tubuh bila namanya dipanggil Ummar.
"Cik ni nak jumpa dengan Encik Luth..." Ummar tunding jari ke arah seorang gadis yang bertopi atas kepala. Rambutnya diikat satu ke belakang. Luthfan diam menghala pandangan ke arah manusia yang dimaksudkan Ummar. Terpincing-pincing matanya memandang wajah itu. Macam pernah tengok tapi...
"Yes?" kaki Luthfan menapak mendekat. Uyaina senyum segaris. Tadi bila Luthfan mengamuk, nak aje dia cabut lari. Agaknya dia datang salah waktu!
YOU ARE READING
Percaya Pada Janji | Terbit
Romance8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi la...