Bab 8

1.7K 194 14
                                    

UYAINA menolak pintu masuk Luth Fitness Centre diikuti Hamimi dan anak-anak buah mereka di belakang. Manusia-manusia yang berada di dalam premis itu masing-masing memandang pelik ke arah mereka. Pelik sebab ramai sangat. Macam bawak rombongan sekolah.

   "Selamat datang," Ummar yang menjadi penyambut tetamu sekaligus penjaga kaunter depan segera menyapa bila Uyaina merapati. Uyaina senyum mesra.

   "Hari ni saya datang bawa anak-anak buah saya untuk workout." Beritahu Uyaina. Ummar angguk kepala faham. Semalam lagi Luthfan dah bagitahu dia tentang kedatangan Uyaina dan beberapa orang remaja yang lain ke sini. Usai mengisi butir diri di dalam buku log, Uyaina membawa anak-anak buahnya masuk ke dalam personal female workout area diikuti Hamimi yang berada di belakang sekali.

   "Ramai betul. Siapa?" Mala menempel di sebelah Ummar.

   "Kalau kau nak tahu, remaja yang ramai-ramai tu atlet bola keranjang negara kita tau. Atlet bawah lapan belas tahun. Yang pakai topi tadi tu jurulatih dia orang. Dia orang semua tu lah yang bakal mengharumkan nama negara kita nanti dalam sukan olimpik atau sukan sea atau apa-apa jenis sukan nanti." Ummar dengan megah memberitahu. Melopong Mala mendengar bicara Ummar. Mata terkebil-kebil.

   "Se... semua tu tadi tu, atlet negara kita?"

   "Yup! Cantik kan coach dia orang?"

   "Eei, mata kau memang pandang coach dia orang aje kan?"

   "Orang dah cantik, pandang lah."

   Mala menjeling sebelum kembali menyambung kerjanya. Lima belas minit kemudian, Luthfan tiba-tiba muncul di depan kaunter.

   "Cik Uyaina dengan yang lain dah sampai ke?" Luthfan menyoal. Laju Ummar angguk kepala dah macam burung belatuk.

   "Dah, Encik Luth. Baru lima belas minit lepas." Jawab Ummar. Luthfan dah senyum panjang.

   "Okey, thanks!" Luthfan jeling sekilas pintu personal female workout area yang agak terbuka sebelum kaki panjangnya dibawa ke arah pejabat. Namun tak sampai lima langkah, Luthfan berundur kembali mendapatkan Ummar.

   "Nanti kalau Cik Uyaina tu keluar, bagitahu saya ASAP ya?"

   "O... okey Encik Luth."

   Luthfan kembali membawa langkah ke bilik pejabatnya. Tutup sahaja pintu, Ummar dan Mala saling berpandangan.

   "Kenapa aku rasa Encik Luth macam syok dekat Cik Uyaina tu eh? Dari semalam lagi dia asyik sebut nama Cik Uyaina tu." Ummar tongkat dagu atas kaunter. Mala angkat bahu tanda tidak tahu. Tak pelik la kalau Encik Luthfan sukakan orang macam Cik Uyaina. Sudah la cantik, seorang jurulatih atlet negara pulak tu. Mesti body Cik Uyaina tu fit sebab selalu workout. Hari-hari keluar peluh. Heh.



KERUSI yang didudukinya itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Kaki disilang dengan sebelah tangan memegang iPhone miliknya. Tunak mata hitamnya merenung gambar yang terpampang di dada skrin. Gambar itu dia ambil dari Facebook. Selama ni puas dia cari di media sosial akaun si Uyaina Balqis tapi tak jumpa. Rupanya gadis itu memang tak guna nama sendiri sebagai username media sosial.

   Coach.Uya. Itu username Uyaina di instagram. Akaun instagram Uyaina private, jadi dia harus follow request dulu untuk melihat gambar-gambar yang gadis itu post di situ. Sekarang ni dia tengah tunggu aje si Uyaina approve follow request dia.

   Dah macam orang angau aje si Luthfan tenung gambar Uyaina di skrin telefon. Betul lah orang cakap, cinta pandang pertama itu sememangnya wujud.

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now