Bab 11

1.5K 180 3
                                    

ELMIRA muncul di rumah Puan Hayati tengahari itu. Kebetulan Luthfan memang ada di rumah, tak pergi ke gym.

   "Luth, I nak cakap something dengan you." Elmira cepat-cepat menahan bila Lutfhan seperti mahu melarikan diri daripadanya. Luthfan tayang muka bosan.

   "Penting ke? Kalau tak penting I tak nak dengar."

   "Penting bagi I."

   Luthfan jeling sebelum kaki melangkah ke arah kolam renang. Elmira mengekor dari belakang. Belakang tubuh Luthfan dipandang lama. Dulu tubuh itu kurus kerempeng macam tak ada isi tapi sekarang sudah jauh berbeza. Luthfan dah pandai jaga badan sekarang ini. Tubuhnya sedang-sedang saja. Cukup lah orang tahu yang lelaki ini memang rajin workout.

   Lima minit begitu, Elmira masih belum buka mulut. Luthfan merengus.

   "Ingat I dah tak ada kerja lain kut semata-mata nak tunggu you bercakap?" sindir Luthfan. Elmira ramas jemari sendiri.

   "I dengar you nak kahwin. Kak Dina kasi tahu. Betul ke?" soal Elmira.

   "Kalau betul pun kenapa?" jawapan Luthfan buat Elmira terkelu.

   "Si... siapa perempuan tu?"

   "You tak kenal. Tapi yang pasti, dia perempuan yang ada hati budi yang ikhlas. Perempuan yang bukan hipokrit macam you!"

   "Luth!"

   "You ingat selama ni I tak kahwin lagi lepas kita putus dulu, sebab I tak boleh move on daripada you ke? You salah, El. Dalam hati I ni dah ada nama perempuan lain yang berjuta kali lebih baik daripada you."

Tak sedar air mata Elmira mula mengalir keluar. Bila telinga Luthfan mula menangkap bunyi esakan kecil, Luthfan mengeluh bosan. Perempuan, itu aje lah modal dia. Tak habis-habis menangis! Lepastu ulang ayat yang sama. Menyesal.

   "I harap you bahagia dengan perempuan pilihan you, Luth." Tutur Elmira dengan hati yang tak rela. Luthfan gelak kecil.

   "Of course. Malah akan lebih bahagia."

   "Bagus lah." Elmira senyum hambar di belakang Luthfan. Bila tiada respon daripada lelaki itu, Elmira minta pamit. Kalut-kalut dia bawa langkah keluar sebelum bertembung dengan Irdina di muka pintu. Berkerut pelipis Irdina melihat wajah merah Elmira tanda sedang menangis. Elmira pegang bahu Irdina sebelum menyambung langkah.

Irdina bawa langkah ke tepi kolam renang. Luthfan masih berdiri memeluk tubuh di situ.

   "Kenapa El menangis?" soal Irdina.

   "Mana lah Luth tahu." Luthfan menjawab bosan.

   "Tapi El..."

   "Lantak lah dia menangis ke nak apa ke. Yang akak peduli sangat dekat dia tu dah kenapa? Dulu masa Luth menangis macam tu, ada akak peduli ke? Rimas betul." Luthfan jeling seraya berlalu pergi daripada situ. Irdina hela nafas panjang. Empat tahun sudah berlalu, Luthfan masih marah. Masih sakit hati.



"UYA, main bowling jom!" ajakan Hamimi malam itu buat Uyaina berfikir dulu. Bila dah bergolek atas katil ni, memang rasa malas nak bersiap semata-mata nak keluar.

   "Malas la, Mimi."

   "Alah, jom lah. Takkan aku dengan Izham aje kut nak lawan main. Tak best lah,"

   "Izham sekali eh?"

   "Haah. Jom lah, Uya. Kau tak bosan ke hari-hari asyik pegang bola basket tu aje? Sesekali pegang la bola bowling pulak. Jom la, Uya!" Hamimi dah menarik-narik lengan Uyaina atas katil tu. Bersungguh-sungguh dia nak ajak Uyaina berdunia kat luar. Tambahan lagi, dah lama rasanya dia tak keluar jalan-jalan dekat mall dengan Uyaina. Iyalah, sibuk dengan training bola keranjang. Tak lama lagi dah nak berangkat ke Thailand untuk perlawanan persahabatan menentang team Thailand.

Percaya Pada Janji | TerbitWhere stories live. Discover now