BOLA oren dilantunkan beberapa kali dengan hujung jari sebelum dibaling masuk ke dalam jaring. Beberapa kali dia mengulangi perbuatan yang sama sebelum bolanya tersasar ke tepi gelanggang. Uyaina hela nafas lelah sebelum tiba-tiba satu susuk tubuh seseorang menyapa pandangannya. Luthfan. Di tangan lelaki itu terdapat sebiji bola.
Uyaina jeling. Beberapa hari sudah berlalu selepas peristiwa itu, hari ini Luthfan datang tunjuk muka.
"Buat apa kat sini?" soal Uyaina. Luthfan merapat.
"Nak jumpa awak." Luthfan menjawab selamba.
"Untuk apa?"
"Saja datang nak jumpa awak. Tak boleh ke?"
"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?"
Luthfan diam meliarkan pandangan ke ruangan gelanggang bola keranjang yang luas itu. Tiada orang di sini kecuali dia dan Uyaina sahaja.
"This place is quite famous, I think. Saya tanya assistant awak, Cik Hamimi." Luthfan sengih menjawab. Uyaina menjeling. Bola ditangan Luthfan cuba dirampasnya tetapi laju pula Luthfan larikan bola itu ke atas. Uyaina cekak pinggang.
"Bagi saya bola tu." Pinta Uyaina, tak bernada. Luthfan geleng.
"Awak tak bosan ke main basketball sorang-sorang?" soal Luthfan lagi. Uyaina jeling geram. Sekarang ni dia betul-betul tak ada mood nak berbual lagi-lagi dengan Luthfan yang dia belum kenal sepenuhnya. Jumpa pun baru beberapa kali.
"Awak peduli apa? Bagi saya bola tu!"
"Nope."
"Apa masalah awak ni, hah? Awak nak apa daripada saya? Saya tak ada hutang duit dengan awak, hutang nyawa jauh sekali. Kita tak berkawan rapat pun,"
"So, let's be friend. Berkawan rapat lagi bagus."
Uyaina dah tergeleng-geleng kepalanya. Terjongket kakinya mahu mengambil bola dalam pegangan Luthfan. Tapi cepat saja Luthfan jauhkan diri daripada Uyaina. Bola ditangan dilantun ke lantai beberapa kali.
"Bagi bola tu dekat saya dan awak boleh pergi daripada sini, Encik Luth. Jangan ganggu saya." Marah Uyaina. Luthfan pekakkan telinga. Bola dibaling tepat memasuki jaring gol. Luthfan gelak kecil. Skill lontaran bolanya masih berbisa lagi walaupun dah lama dia tinggalkan permainan yang pernah dia jadikan hobi ini.
"Encik Luth..."
"Come and get your ball. Grab it if you can." Uyaina melangkah menghampiri Luthfan yang semakin galak melantun bola ke lantai berkali-kali. Terpegun kejap Uyaina bila Luthfan dah menggelecek bola di antara kedua belah kakinya dengan tangkas. Lagak macam pemain profesional.
Tubuh Luthfan ditolak demi merampas kembali bola dalam pegangan lelaki itu. Namun gagal bila Luthfan terlebih dahulu melepaskan diri. Uyaina cekak pinggang memandang Luthfan yang berlari mengelilinginya dengan bunyi bola yang melantun-lantun itu.
"Come, coach." Makin galak Luthfan membakar. Uyaina mendengus. Terus kaki berlari merapati Luthfan dan tangannya berusaha merampas bola tersebut daripada lelaki itu. Cubaan yang gagal, gagal dan gagal. Luthfan seperti tahu-tahu saja taktik dia!
Nafas Uyaina termengah-mengah. Luthfan masih galak menyengih seronok.
"Nak main basketball dengan saya? Kalau saya kalah, saya akan pergi dari sini. Dan kalau awak kalah, awak kena tunaikan permintaan saya. Boleh?" Luthfan peluk bola keras itu. Uyaina jongket sebelah kening sambil ketawa sinis.
YOU ARE READING
Percaya Pada Janji | Terbit
Romance8th Romance by CikMardiah UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi la...