PROLOGUE

80 2 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️


"Areum sayang."

Tubuhku dipeluk dari belakang dan pipi kananku dikucup sekilas.

"Oppa." Balasku tersenyum paksa lalu meleraikan pelukannya dengan lembut. Aku berpusing menghadapnya.

"Ada perkara yang Areum nak bincangkan," Aku terjeda melihat senyuman bahagianya.

"Sebelum itu, oppa nak beli air sekejap" Pintanya.

"Areum tunggu dekat sana." Bangku yang tidak jauh dari kedudukan kami aku tunjuk.

"Bukankah korang berdua biasanya lepak dekat studio sekarang?" Soal dia sebaik sahaja kami berdua duduk di bangku yang agak terpencil dan jauh dari pandangan orang awan.

"Jimin ada hal." Jawab aku senada bagi menahan getaran hatiku.

"Patutlah tergesa sangat nak jumpa oppa hari ini." Usik lelaki itu.

"Oppa." Sebutku.

"Nae." Perhatian diberikan sepenuhnya kepadaku. Senyuman di bibirnya langsung tidak lekang. Ini buat aku makin tak sanggup.

Tak, aku tak boleh mengalah. Ini untuk kebaikan dia, keluarga dia dan aku.

"Sayang Areum tak?"

"Mestilah." Katanya lalu merapatkan lagi kedudukan kami.

|||||

Five hours before

"Hai semua." Sapaku sebaik saja menjejakkan kaki ke dalam rumah Jimin. Eh kenapa semua orang nampak serius, alamak awkwardlah pula.

"Eh rasanya Areum salah timing. Selamat tinggal semua." Ucapku lalu keluar dari rumah.

"Areum masuklah." Suruh mama Jimin.

"Yoongi, semua keputusan ditangan kamu. Appa dengan mama takkan masuk campur lagi." Pesanan appa Jimin yang terakhir sebelum menamatkan perbincangan keluarga mereka membuatkan aku ingin tahu.

"Areum jom masuk bilik aku." Ajak Jimin lalu menarik tanganku.

"Hish hyung itu, tak habis-habis menyusahkan mama dengan appa." Rungut Jimin seraya merebahkan diri di atas katil empuknya. Mujur empuk, kalau tak patah dualah.

Aku turut melakukan hal yang sama tetapi aku memilih untuk duduk sahaja.

"Kenapa?" Aku dah boleh start menyibuk disebabkan syarat persahabatan kami yang ke-4, tidak boleh ada rahsia antara aku dengan Jimin.

"Hyung tolak tawaran belajar ke luar negara." Cerita Jimin membuatkan aku terkedu.

"Sebab apa?" Aku makin tak sedap hati, habislah kalau semuanya terbongkar.

Sudah dua tahun, aku rahsiakan hubungan cinta aku dengan abangnya dan ini melanggar syarat ke-9 perjanjian kami, jangan simpan perasaan dan bercinta adik-beradik kawan baik.

"Entah, hyung tak cakap tapi kalau aku jadi hyung, aku takkan tolak tawaran itu mentah-mentah sebab kau tahukan impian aku Areum."

Syarat terakhir persahabatan harus dipratikkan di sini, sokongan harus diberikan walaupun kau tak setuju.

"Ya aku tahu Jimin." Balasku tak rela.

"Mama dan appa betul-betul kecewa dengan keputusan hyung. Aku harap sangat hyung dapat ubah keputusan dia." Kata Jimin berharap.

My Serendipity Where stories live. Discover now