〰️13〰️

17 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

️▶️▶️

Cepat-cepat lauk diletakkan di atas meja apabila terdengar deringan notifikasi mesej diterima. Aku segera membuka telefon bimbit.

Aku menerima mesej dari rakan kerja baruku, Eun Dan Oh. Tersengih sendiri aku menatap skrin telefon bimbitku.

"Apa yang kamu sengihkan sangat tu Areum?" Soal mama sambil menghidup mini stove di atas meja. Tomyam yang sudah sedia masak dipanaskan kembali.

"Tak ada apalah mama. Areum baca mesej dari kawan baru Areum."

"Kawan baru, maksudnya rakan sekerja kamu?"

"Ya." Aku sudah menyimpan telefon bimbit ke dalam poket. Sudu segera diangkat, tak sabar nak menghirup tomyam yang berasap itu.

"Wah sedapnya bau!" Puji Min Yoongi yang muncul dengan rambut sedikit messy dan lembap. Baru lepas mandi mungkin.

"Macam mana hari pertama kerja?" Mama Park memulakan perbualan.

"Seronok sangat!/Biasa saja." Jawab aku dan Yoongi serentak. Kami memandang satu sama lain.

Mama Park mula ketawa.

"Terlupa pula mama yang kamu berdua sama-sama mula kerja hari ini. So siapa nak cerita dulu?" Usik mama Park.

"Tiada apa yang menarik mama." Balas Yoongi dengan muka tidak berperasaan. Aku jeling dia sekejap, tipu kalau tak ada apa yang menarik padahal dia baru buka cawangan baru dekat sini.

"Areum?"

"Seronok sebab jumpa ramai kawan baru. Mama tahu tak, Hwasa unni pun kerja dekat situ." Ceritaku.

"Hwasa? Ibu Sarang, anak artis yang kamu asuhkan dulu itu?"

"Yalah itu. Tadikan, Areum ada tolong setiausaha syarikat sediakan jamuan ringan untuk lembaga syarikat. Lepas itu, Dan Oh cakap bos kita orang suka kopi yang Areum buat." Habis saja aku bercerita, Yoongi tersedak.

Apa hal pula dia tersedak?

|||||

"Mama, Areum pergi dulu." Pintaku selesai mengemas meja makan. Sweater dan beanie yang aku letakkan pada sofa, aku capai.

"Areum nak pergi mana?" Tanya mama Park menghidangkan buah-buahan dipotong dadu di atas meja ruang tamu. Kudap-kudapan sambil menonton televisyen.

"Nak pergi pasaraya. Areum nak beli barang dapur." Jawabku.

"Sekarang?"

"Ya."

"Dah lewat ini Areum." Mama Park melarangku.

"Takut esok tak sempat mama." Sesi pujuk-memujuk bermula.

"Selalunya mama bagi Areum keluar malam."

"Memanglah mama benarkan sebab ada Jimin. Malam ini Jimin tak ada so a big no no!"

"Mama/mama." Sebut aku dan Yoongi sekali lagi serentak. Aku lihat dia sudah berdiri dari kedudukannya yang selesa.

"Yoon temankan Areum. Okay?" Katanya buatkan aku pantas bersetuju. Ini saja cara aku boleh penuhkan ruangan makanan rumahku.

"Kalau macam itu, mama benarkan." Putus mama Park.

My Serendipity Where stories live. Discover now