'You're beautiful memories'
▶️▶️
Not-not terakhir aku mainkan sebelum mengakhiri latihan vokal.
"Macam mana Areum?" Soal Moonbyul berkenaan dengan empat orang artis perempuan dibawah jagaan itu.
"So far okay but..." Perkataan tetapi menghentikan kegembiraan semua orang.
"Suara Na Eun masih tak sesuai dengan not tinggi jadi saya cadangkan kita guna not lain pula minggu depan." Beritahuku dan kelihatan gadis yang bernama Na Eun itu sedikit kecewa.
"Jangan risau ya Na Eun, saya akan cuba sebaik yang saya boleh untuk kamu semua debut. Kalau boleh debut tahun ini juga." Aku yakinkan mereka.
"Terima kasih Areum." Moonbyul sudah menggenggam kedua-dua tanganku.
"GTG!" Jerit Eunice selaku ketua.
"Cik Ahn, terima kasih." Mereka semua mengucapkan penghargaan menggunakan ucapan pengenalan mereka.
Aww, aku rasa dihargai.
Selesai sahaja kelas vokal bersama GTG, aku kembali ke ruanganku yang kini sudah dihuni oleh rakan sekerja dari syarikat induk di L.A.
"Hi Areum. Already finish the classes?" Sapa Rose dengan ceria, rakan sekerjaku yang berbangsa Korea tapi tak pandai berbahasa Korea.
"Hi Rose. Yup, now I'm gonna go home because this is the end of my shift." Orang sapa aku ceria, mestilah aku balas balik dalam mood yang sama.
"Lucky you." Dia merengek padahal shift dia baru mula. Haih Rose, aku hanya mampu menggeleng.
Baru saja hendak meletakkan barang-barang di atas meja, aku tersedar yang di tanganku ada kunci bilik muzik.
"Hey Rose, do you see Cindy? Because I want to give her this key." Aku menunjukkan kunci kepada Rose.
"Music room key?" Soal gadis itu meminta kepastian.
"Yeah."
"Give it to me because she don't have any student yet so she not gonna using this room until she have one." Sampuk Park Rowoon atau nama mat salehnya, Jeremy. Dia juga baru masuk ke dalam ruangan itu.
Tanpa sebarang bantahan, aku hulurkan kunci kepada dia.
"Gomawo (terima kasih) nae Areum." Eh lupa nak beritahu Jeremy juga orang Korea kontra dengan Rose.
Kini ruangan pejabat itu sudah tidak sunyi lagi, aku sudah ada tiga rakan sekerja iaitu Rose, Jeremy dan Cindy serta perkara yang lebih seronok adalah ketiga-tiganya berbangsa Korea.
Terfikir pula tentang Min Yoongi, macam mana dia boleh berjumpa bangsanya di negara lain dan ambil mereka bekerja di bawahnya.
|||||
Yoongi POV
"Dah Oh, saya balik dulu." Ucapku kepada Eun Dan Oh apabila melintasi mejanya yang berada dihadapan pintu pejabatku.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...