'You're beautiful memories'
▶️▶️
"Areum nah." Jimin menghulurkan satu bag kertas bersaiz sederhana kecil kepadaku.
"Apa?" Aku ragu-ragu hendak menyambut huluran itu. Mangkuk nasi dan chopsticks yang aku pegang, aku letakkan di atas meja kembali.
Beg kertas itu bertukar tangan.
"Untuk aku Jimin?" Soalku tak percaya. Dia menggolekkan mata kepadaku tanda menyampah.
"Eh taklah aku bagi dekat kau sebab nak suruh passkan dekat mama." Sarkastiknya.
"Aww, aku terharu. Terima kasih Chim." Dua kotak aku keluarkan dari beg tersebut.
"Aku tahu kau suka warna merah jambu jadi aku belikan gelang warna itu untuk kau." Kata Jimin apabila aku membuka kotak yang pertama.
"Cantik, aku suka. Yang ini pula." Kotak yang kedua aku buka dan seutas gelang kristal berwarna biru terletak di dalamnya.
Gelang ini mengingatkan aku kepada Kim Sohyun, mesti cantik kalau gelang ini dia pakai.
"Yang itu, aku tersalah beli. Kau bagilah dekat siapa-siapa." Beritahu Jimin.
"Kau tak kisah aku bagi dekat siapa-siapa?"
"Aku tak kisah asalkan gelang itu tak ada depan mata." Kata Park Jimin yang terkenal dengan sifat membazir.
"Okay. Thank you Chim Chim." Ucap lalu meletakkan kotak gelang tersebut ke dalam beg tanganku.
|||||
Dua bakul diletakkan di atas kaunter, satu bakul berisi minuman dan satu bakul berisi makanan.
Cashier yang sesusia dengan mama Park itu hanya melakukan kerjanya tanpa bertanya tentang pembelian pelanggannya yang banyak itu. Senang cerita, tak nak ambil tahu.
Park Jimin memberikan segaris senyuman sebelum matanya meliar mencari sesuatu di dalam kedai serbaneka itu.
"Mak cik Kim, saya nak tanya boleh?" Pinta Jimin dengan sopan.
"Hmm."
"Mana Sohyun?" Soal Jimin apabila wanita yang dipanggil mak cik Kim itu memberi lampu hijau.
"Hyun tak ada. Dia dah mula kerja."
"Kerja?"
"Semua sekali 98 000 won." Sesi soal jawab sudah tamat. Tiga keping 50 000 won dihulurkan.
"Bakinya mak cik simpan ya. Terima kasih." Ucap Park Jimin sebelum beredar.
"Dia kerja dekat syarikat besar sebagai pereka fesyen." Beritahu mak cik Kim setelah lelaki itu berpaling darinya.
Senyuman di bibir Jimin terkoyak. Senang betul nak ambil hati mak saudara Kim Sohyun.
"Lama betul kamu pergi Jimin?" Soal Mama Park sebaik saja anak bongsunya muncul di hadapannya.
"Alah mama, Chim baru hilang setengah jam dah rindu." Usik Jimin sebelum membuka bonet keretanya. Tiga plastik berisi makanan dan minuman itu diletakkan.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...