🥀16🥀

31 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

️▶️▶️

"Abang doktor!" Panggilan itu datang dari seorang budak perempuan yang berada tidak jauh dari kami.

Jung Hoseok disebelahku sudah tersenyum lebar.

"Yori." Balasnya dan budak perempuan itu menghampiri kami dan memeluk kakinya.

"Jumpa pun. Puas Yori cari abang doktor tau." Adu budak itu tanpa mempedulikan aku di sebelah Hoseok. Aku berdehem kecil untuk menyedarkan mereka aku masih ada di sini.

"Sayang kenalkan ini Kim Hiyori." Hoseok mendukung budak perempuan itu agar berdiri sama aras denganku.

Kim, bukan nama keluarga ex girlfriend dia ke?

"Boleh panggil Yori. Nama kakak?" Hiyori menghulurkan tangan kecilnya kepadaku.

"Ahn Areum." Ucapku spontan.


|||||

"Terima kasih abang, kakak sebab belanja Yori aiskrim." Ucap Hiyori ketika kami bertiga dalam perjalanan menghantar dia pulang ke wadnya.

"No prob Yori. Lagipun kak Areum pun sukakan aiskrim." Jawab Hoseok bagi pihakku.

"Lepas ini, kita keluar lagi ya? Lain kali biar Yori yang belanja kami berdua pula." Usikku lalu mencuit hidungnya yang separa tinggi denganku kerana didukung oleh Hoseok.

"Boleh tapi Yori kena bawa eommalah sebab eomma je ada duit." Cebik budak kecil itu, tidak puas hati mungkin.

"Comelnya." Aku terus cubit pipinya. Geram, rasa nak gigit-gigit si Hiyori ini.

"Dah sampai." Umum Hoseok seraya meletakkan Yori terus di atas katil.

"Alah tak puas lagi main dengan Hiyori." Rungutku setelah kami berdua mengucapkan selamat tinggal kepada Kim Hiyori.

"Tak apalah nanti kalau kita dah ada anak sendiri, awak mainlah puas-puas." Ucap Jung Hoseok selamba.

"Apa dia Seok? Cuba awak ulang sekali lagi." Terhenti langkahku begitu juga dia.

"Yang mana?" Dia pura-pura bertanya.

"Anak kita?"

"Yalah anak kita. Kita boleh buat perancangan dah sekarang." Matanya tertumpu kepada perutku.

"Tak sabar nak tengok perut ini membesar." Tangannya mengusap perutku dan kali ini, aku betul-betul kehilangan kata-kata.


✔️✔️✔️


"Mama, kenapa rumah Areum gelap?" Soal Park Jimin lalu mengambil tempat di sebelah mamanya di atas sofa.

"Gelap? Tadi mama tengok cerah saja."

"Dia keluar kot." Yoongi menyampuk.

"Tak logik." Bantah Jimin dan mama Park serentak membuatkan anak dan ibu itu mula ketawa.

My Serendipity Where stories live. Discover now