'You're beautiful memories'
▶️▶️
"Tahniah Areum." Ucap semua orang kepadaku sebaik saja aku kembali.
"Terima kasih tapi ini untuk apa?" Soalku kerana tidak dapat menangkap makna ucapan itu.
"Untuk pertunangan kitalah sayang." Jawab Hoseok bagi pihak semua. Tangannya naik mengusap kepalaku.
"Oh." Balasku pendek.
"Areum jom." Yoongi bangun dari duduknya lalu mencapai lengan bajuku.
"Ke mana hyung?" Soal Namjoon bagi pihakku.
"Ah, kau nak pergi mana?" Seok Jin juga bersuara.
"Waktu lunch kami dah habis jadi kena balik pejabatlah." Terang Yoongi pendek dan aku hanya mengangguk.
Sudah lebih setengah jam aku dengan bos makan tengahari ini nanti apa pula kata kakitangan lain.
Yoongi lainlah sebab dia bos, jadi orang tak kisah. Aku ini, pekerja makan gaji. Mana boleh ikut gaya bos.
"Yoongi hyung, kalau Areum ambil cuti separuh hari boleh?" Hoseok pula bersuara.
Yoongi diam memandang Hoseok dan tidak lama kemudian dia memandang aku pula.
Aku tak nak tapi macam mana nak beritahu.
"Maaf Hoseok, aku tak boleh tunaikan permintaan kau. Areum masih memegang status pekerja baru dan syarikat tak luluskan cuti untuk pekerja baru. Aku harap kau faham." Yoongi tolak direct permintaan Hoseok.
"Areum jom." Sekali lagi aku diajak pergi.
"Baik bos." Balasku lalu mengambil semua baranganku dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang.
Wajah sugul Jung Hoseok hanya mampu aku pandang sekilas.
Kalau sebulan yang lepas memang aku akan pujuk tapi sekarang aku kena belajar kuatkan hati.
Jimin POV"Hyung, aku pun gerak dulu." Kini giliran aku pula meminta diri untuk pergi.
Malas nak berlama-lama melihat wajah lelaki tak guna itu. Kalau diikutkan hati memang aku lumat wajah dia tapi disebabkan perjanjian aku dengan Areum, aku terpaksa lupakan hasrat aku.
"Areum, biar aku tamatkan riwayat dia hari ini juga." Aku terus bangun dari duduk setelah mendengar luahan kawan baikku itu.
"Jangan Jimin, ini bukan salah dia." Areum mencapai lenganku.
"Semua ini salah aku. Aku yang patut tarik diri tapi aku terlalu pentingkan diri..."
"Shush! Areum berhenti salahkan diri kau." Aku meletakkan jari petunjuk pada bibirnya.
"Jimin."
"Ya Areum." Kini aku sudah duduk kembali.
"Boleh kau janji dengan aku?"
"Sekiranya berlaku sesuatu pada aku, jangan pernah salahkan dia. Tolong jangan cederakan dia."
"Sampai begitu sekali kau cintakan dia, Areum?" Hatiku mula panas.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...