'You're beautiful memories'
️▶️▶️
"Kak Areum, jarum jam pukul 3. Keluarga budak yang Sarang cakap duduk dekat situ." Kata Sarang setelah terpandang arah yang dia sebutkan tadi.
"Kak Areum muka bapa dia macam muka abang Seok." Beritahunya sebelum aku disuruh melihat dengan mataku sendiri.
Aku tergaman melihat Hoseok sedang memeluk pinggang Kim Hyera sebelum melepaskannya dan Hiyori ketawakan perilaku ibu bapanya. Terpapar kebahagiaan keluarga itu.
"Sebiji macam abang Seok kan?" Sarang meminta pendapatku setelah berpaling ke hadapan kembali.
"Ya." Balasku pendek. Mataku sudah terasa panas.
"Sarang dah habis makan?" Aku cuba mengalihkan topik lain.
"Papa terima kasih sebab temankan Yori daftar sekolah hari ini." Pergerakanku terbantut apabila mendengar perbualan mereka sekeluarga yang duduk selang satu meja dariku.
"Sama-sama sayang. Lagipun papa memang tak nak terlepas hari pendaftaran persekolahan anak papa ini." Hoseok bersuara.
"Seok, terima kasih dan maaf sebab kami, awak terpaksa batalkan janji temu awak dengan Areum." Kali ini aku dengar namaku disebut oleh Hyera.
"Tak apa. Demi anak aku, Areum akan faham." Balas Hoseok.
"Papa." Hiyori memanggil Hoseok dengan nada sedikit mengendur.
"Ya sayang."
"Boleh tak kalau papa tak kahwin dengan kak Areum?"
"Tapi kenapa sayang?" Hyera terlebih dahulu menyoal anaknya.
"Keluarga kita dah lengkap. Yori dah ada mama dan papa. Yori tak perlukan mama seorang lagi."
Dan kali ini, aku tidak mahu dengar lagi.
"Sarang, jom balik. Kak Areum baru teringat yang kak Areum ada kerja dekat rumah." Aku menggesa Sarang. Tidak betah aku terus duduk di situ.
✔️✔️✔️
Park Jimin yang sedang berehat di beranda rumahnya sambil menikmati cuaca hujan dikejutkan dengan bunyi hon kereta abangnya.
"Hish hyung, kacau daun betul! Dahlah ambil telefon bimbit orang bawa lari." Rungut Jimin tapi masih statik di tempatnya.
"Jimin!" Jerit Yoongi dari dalam kereta sebaik saja memarkir kereta betul-betul di hadapan adiknya. Tingkap kereta sudah dibuka, tidak kisah dirinya basah terkena biasan air hujan.
"Ambilkan payung dua kaki." Suruhnya.
"Nak buat apa payung banyak-banyak hyung? Kau seorang saja pun."
"Ambilkan saja. Jangan banyak soal?" Yoongi sudah keluarkan arahannya. Tiada siapa boleh lawan, Jimin pun kena akur.
"Sohyun nah." Yoongi menghulurkan payung kepada penghuni di tempat duduk belakang keretanya.
"Areum macam mana?" Soal Sohyun.
"Aku dukungkan dia, kau keluar dulu pergi buka pintu. Kau tahu kata laluan rumah Areum?" Sohyun menggeleng.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...