🥀08🥀

33 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️

Ini sudah masuk kali kelima mama Park mendengar anak bongsunya, Jimin mengeluh.

"Kenapa dengan kamu Jimin?" Tegur mama Park.

"Mama, Jimin bosan. Jom keluar." Jimin menghampiri mama yang sedang menyiang ikan bilis dalam kuantiti yang banyak.

"Tak naklah mama. Kenapa tak ajak Areum, biasanya kamu berdua berkepit kan?"

"Masalahnya Areum tak ada so inilah masa yang sesuai, Jimin nak luangkan masa dengan mama. Jomlah kita keluar."

"Girlfriend kamu?" Jimin mendengus perlahan mendengar soalan mamanya.

"Dah putus." Jawab Jimin pendek.

"Bukan kamu baru couple ke? Kalau tak silap mama, seminggu yang lepas."

"Ya tapi Jimin tak serasi dengan dia."

"Hish kamu ini, selalu sangat bertukar pasangan. Playboy ke apa?"

"Mana ada mama, Jimin cuma tengah mencari yang sesuai. Mrs Right gitu." Jimin mempertahankan dirinya.

"Yalah tu. Malas mama nak dengar kamu merepek lagi. Baik kamu tolong mama memasak."

"Jimin tak merepeklah mama."

"Kamu nak makan dumplings tak?" Terus bercahaya mata Park Jimin apabila mendengar perkataan makanan kegemarannya itu.

"Apa yang Jimin kena buat mama?" Terus masuk mod rajin.

|||||

Yoongi POV

Aku hanya membiarkan kawan baikku mengemudi perjalanan kami dari pagi tadi sampai tengah malam.
Aku mula terfikir apa yang aku buat sampai sekarang baru nak balik rumah.

Pagi tadi, lepak warung oden.

Tengahari, lepak dekat restoran Seok Jin.

Petang, lepak dessert's house.

Malam, perkena daging bakar dekat tebing sungai Han.

Nampaknya tempoh seharian aku ini dihabiskan dengan melawat tempat makanan di Korea acah-acah pelancong cuma tak pergi tempat-tempat bersejarah sahaja.

Inilah penangan yang kena kau hadap kalau berjalan dengan Kim Seok Jin, hampir semua kedai makan dia bawa kau pergi.

"Yoongi, kau nak suruh turunkan kau dekat mana?" Soal Jin menghentikan monologku.

"Dekat kedai serbaneka sana."

"7/11 itu? Kau lapar lagi ke Yoongi?"

"Taklah, aku nak cari ubat lega perut. Tak lena tidur kalau kenyang macam ini."

"Oh, baru ingat nak tumpang sekaki kalau kau nak makan lagi." Tengok, Kim Seok Jin tak kenyang lagi. Aku dah menyandar teruk ini.

My Serendipity Where stories live. Discover now