🥀05🥀

27 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️

"Areum ada nak tambah apa-apa lagi tak?" Soal Hoseok sebelum menutup lampiran menu.

"Tak itu saja." Balas Areum sambil menghulurkan menu kepada pelayan yang berkhidmat.

"Lima belas minit lagi, saya akan kembali dengan pembuka selera buat encik dan puan." Beritahu si pelayan lalu berjalan ke dalam ruangan dapur.

"She call me Mrs." Luah Areum tak puas hati kata panggilan pelayan itu kepadanya.

"I'm not that old." Cebik gadis itu membuatkan Seok tergelak kecil.

"Sayang, dia tak kata awak tua tapi dia ingatkan awak tu isteri saya." Hoseok cuba menyedapkan hati kekasihnya.

"Jauh betul tekaan dia."

"Sesuai dengan tekaan dia, awak nak tak jadi isteri saya."

Tersedak Ahn Areum dek lamaran tak formal itu. Mujur makanan belum sampai, kalau tak, boleh tercekik.

"Jung Hoseok!" Teriak satu suara menyelamatkan Areum.

"Eh hyung." Hoseok bangun terus apabila melihat gerangan orang yang memanggilnya.

Lelaki yang kacak dan berbahu lebar itu menghampiri mereka dan tidak semena-mena Hoseok dipeluk erat.

"Wah dah lama betul hyung tak jumpa kau. Ada dalam setengah tahun." Lelaki itu duduk di meja mereka tanpa segan silu.

"Lebih kuranglah itu, Jin hyung. Apa khabar hyung sekarang?”

Areum yang di hadapan Hoseok tidak mencelah dan lebih memilih  menjadi pemerhati saja. Dia bukan kenal kawan kekasihnya itu.

"Baik baik. Kamu lagilah makin sihat. Ini mesti sebab ada orang jagakan." Sempat lagi menyakat.

"Hyung kenalkan ini Ahn Areum."

"Annyeonghaseyo. (Hello)" Ucap Areum menundukkan hormat.

"Wait, your face are so familiar. Had we meet before?" Seok Jin merenung wajah Areum lama.

"Oh patutlah." Gumam Seok Jin pula sebelum menarik senyum nakal.

"Patut apa hyung?" Soal Hoseok ingin tahu manakala Areum ambil pendekatan untuk diam sahaja.

"Areum bidadari yang selalu muncul  dalam mimpi hyung selama ni kan?" Muka Areum sudah merah.

Tak sangka lelaki kacak itu cuba mengoratnya padahal baru pertama kali jumpa.

"Jin hyung, ini teman wanita saya." Bahu Areum dipeluk erat oleh Jung Hoseok.

"Alah sudah berpunya rupanya. Baru ingat nak masuk jarum." Rungut Seok Jin depan-depan.

Bulat mata Ahn Areum mendengar kejujuran lelaki itu manakala Hoseok sudah menggelengkan kepala.

|||||

Yoongi POV

"Hyung bagi aku setengah jam. Kau rehatlah dalam bilik aku dulu." Jimin menolak aku masuk ke dalam bilik tidurnya kerana mama menyuruh dia mengemaskan bilikku yang sudah lama tidak berpenghuni.

Maklumlah sudah enam tahun, bilik aku itu kosong jadi habuk dia memang tak boleh bawa bincang.

"Betul kau tak nak hyung tolong sekali?"

My Serendipity Where stories live. Discover now