🥀17🥀

27 1 0
                                        

'You're beautiful memories'

▶️▶️

Aku memandang cermin yang aku letakkan di atas meja kerjaku dan melihat wajahku. Terletus ketawaku apabila melihat solekan yang aku kenakan hari ini tebal dan comot.

Ini semua sebab mengantuk, mujur aku datang kerja tadi tak bertembung dengan sesiapa. Eh kejap, dekat meja resepsis ada orang tak. Tak ada kot.

Sepatutnya aku tak tolak ajakan mama sarapan sekali tadi. Bolehlah mama atau Jimin tegurkan mekap aku ini tapi nak buat macam mana, benda dah lepas.

Laci meja kerja aku buka dan satu beg berisi alat mekap mini aku keluarkan. Kerja mewarnakan wajahku bermula.

"Areum." Namaku dipanggil semasa aku sedang mengoles gincu pada bibirku jadi aku tidak menyahut.

Pintu bilik ditolak perlahan-lahan dan kepala Eun Dan Oh muncul di balik pintu.

"Unni." Sapaku selesai mengemaskan calitan gincuku.

"Amboi cantiknya." Muncul pula Hwasa di belakang Dan Oh.

"Masuklah." Pelawaku.

"Macam tahu-tahu saja. Kita nak jumpa dengan bos hari ini." Ucap Hwasa lalu mencapai kerusi yang berada di meja sebelahku begitu juga Dan Oh.

Untuk pengetahuan semua, ruangan ini menempatkan lima orang jurulatih vokal tetapi disebabkan aku orang pertama yang direkrut masuk ke dalam syarikat jadi aku berseoranganlah.

Bolehlah conquer seorang dulu sementara yang lain tak masuk lagi.

"Mana ada. Areum tak tahu pun kita nak jumpa dengan bos hari ini." Nafiku.

"Memanglah Areum tak tahu unni. Kan Dan Oh baru maklumkan pada unni seorang." Beritahu Dan Oh lalu membuka telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian deringan notifikasi mesej masuk berbunyi dari telefon bimbit Hwasa unni dan aku.

"Okay done." Ucap Eun Dan Oh sambil tersenyum lalu menunjukkan skrin telefon bimbitnya.

"Eh sejak bila kita ada group WhatsApp ya?" Soal Hwasa.

"Sejak pagi tadi. Areum nak minta lipmate sikit."

"Nah." Hulurku.

"Baru nampak berseri. Okaylah saya pergi dulu." Pintanya sebelum bergegas keluar. Mungkin nak siapkan apa yang patut untuk perjumpaan nanti.

"Jumpa nanti Dah Oh." Ucapku dan Hwasa unni serentak. Kini kami ditinggalkan berdua.


|||||

Yoongi POV

"Kita ada masa lagi setengah jam bos." Beritahu setiausahaku yang muncul sebaik saja aku masuk ke dalam ruangan pejabatku.

"Okay, ramai ke kakitangan yang akan kita jumpa nanti?" Soalku lalu menyangkutkan kotku.

"Ada dalam 30 orang kakitangan bos." Beritahunya lalu menyenaraikan bilangan 30 orang itu.

My Serendipity Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang