🥀15🥀

18 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️

"Yoon mari makan sekali." Ajak mama Park apabila melihat anak sulungnya melintasi ruang makan.

"Yoon..." Terhenti sekejap cakap Min Yoongi. Dia terus mendekati mamanya.

"Mama seorang saja, mana Areum?" Kot dibuka terlebih dahulu sebelum mengambil tempat duduk berhadapan mamanya.

"Ya seoranglah kalau Yoon tolak ajakan mama tadi. Areum keluar dengan kawan baik dia hari ini." Beritahu mama Park lalu menghulurkan semangkuk nasi.

"Kawan baik, Jimin dah balik?" Yoongi menyambut huluran tersebut.

"Tak bukan Jimin. Mama lupalah nama budak perempuan itu apa. Anak saudara Puan Kim, pemilik kedai serbaneka dalam kawasan perumahan kita ini."

"Kim Sohyun?" Tebak Yoongi.

"Ya itulah nama budaknya. Kamu kenal ke Yoon?"

"Kenal mama, junior Yoon masa sekolah tinggi dulu."

✔️✔️✔️


Kilauan kristal pada aksesori wanita itu telah menarik Park Jimin untuk berhenti singgah di gerai itu.

"Wah cantiknya!" Seutas gelas tangan dia capai. Gelang kristal berwarna merah jambu itu mengingatkan dia kepada kawan baiknya, Ahn Areum.

"Untuk girlfriend kau, Jimin?" Soal Taehyung yang turut menyinggah bersama Jimin.

"Tak, Areum." Jawab Jimin sepatah lalu menghulurkan gelang tersebut kepada peniaga untuk dibungkus.

"One only sir?" Tanya peniaga tersebut dengan ramahnya.

"I take this colour too. Please pack it separately." Jimin juga menghulurkan seutas gelang kristal berwarna biru langit kepada peniaga tersebut.

"Okay sir. Please wait for a few minute." Pinta si peniaga sebelum berarah ke Taehyung pula.

"Nah I'm okay." Tolak Taehyung yang tidak ingin membeli apa-apa dari situ.

"Sayang betul kau dekat dia?" Tanya Taehyung secara tiba-tiba. Jimin yang sedang menyuap potongan steaknya terhenti sekejap.

"Sayang aku dekat siapa?" Jimin tidak dapat mencerna soalan kawannya.

"Hish kau ini, Areumlah." Balas Taehyung seraya memandang sekitar tempat makan mereka. Cantik, tak sia-sia mereka pilih restoran ini untuk makan selepas selesai membeli-belah tadi.

"Mestilah sayang. Kawan baik aku itu." Taehyung ketawa mendengar jawapan Jimin yang kedengaran cliche.

"Asal kau ketawa?" Soal Jimin tak puas hati.

"Sebab jawapan kau tak logik. Chim, kau jujur dengan aku." Tawa Taehyung yang terakhir sebelum kembali serius.

"Kau pernah ada perasaan cinta tak dengan Areum?" Jimin mengeluh perlahan.

My Serendipity Where stories live. Discover now