'You're beautiful memories'
▶️▶️
"Mama!" Panggil Jimin buat kali ke 18, kalau 19 tak menyahut lagi tak tahulah.
Tiba sahaja di tingkat atas, dia melihat bilik abang sulungnya sedikit terbuka. Tanpa berlengah lagi, dia juga masuk ke dalam bilik itu.
"Mama."
Puan Park hanya memberi pandangan sayu kepada anaknya. Frame gambar anak lelaki sulungnya masih dia genggam erat.
"Mama."
Jimin bernada lembut lalu berjalan mendekati mamanya. Dia memeluk bahu wanita itu dan turut sama memegang potret gambar itu.
"Mama rindukan abang kamu." Luah Puan Park dengan linangan air mata.
"Jimin pun rindukan hyung."
Jimin juga mengakui perasaannya walaupun dia dan abangnya sering bergaduh tentang sahabatnya.
|||||
Sudah hampir dua jam aku menghadap komputer ribaku dan hasilnya, aku hanya berjaya menyiapkan 20 muka surat di dalam Microsoft Wordku.
Aku mula buntu mencari idea untuk menyiapkan manuskripku. Aku tak sangka minatku boleh sengsarakan hidupku. Tuhan, tolong perkuatkan aku dan jangan tumbuhkan perasaan menyesal dalam diriku sebab ini juga punca rezekiku.
Telefon bimbitku bergetar menandakan pesanan masuk. Mesej dari bank memberitahu yang appa memasukkan duit ke dalam akaunku lagi.
Aku mengeluh dengan sikap appaku yang keras kepala padahal aku dah pesan banyak kali, aku sudah ada sumber pendapatan aku sendiri jadi appa aku dah bebas gunakan duit itu untuk dirinya tapi dia degil.
Bila difikirkan balik, kedegilan appa aku warisi. Yalah, kalau tak disebabkan perangai keras kepala ini, aku takkan dapat putuskan hubungan cinta aku dengan dia.
Eh masuk topik lain dah ni. Kembali kepada cerita appaku. Aku dan appa sudah tidak tinggal sebumbung bukan sebab kami bergaduh.
Appa sudah bersara dari kerjaya sebagai seorang arkitek dan memilih menjadi petani untuk mengisi hari-hari tuanya. Appa bukan petani kaleng-kaleng tau.
Baru-baru ini, riuh satu kampung sebab appa ada bangunkan satu kilang hasilkan sayuran organik di kampungnya tapi appa biarkan keluarga Kim yang uruskan kilang sebab seronok jadi petani sahaja.
Selain dari jadi petani, appa juga memegang watak sebagai seorang penternak lembu susu. Kalau nak minum susu segar dari lembu, boleh datang lawat appa aku di kampung.
Sebab itulah appa tak pernah terlepas masukkan wang dalam akaun bankku pada tiap-tiap bulan. Okay sampai sini je aku cerita pasal appa.
Berbalik kepada manuskripku, aku buat keputusan untuk keluar mengambil udara segar mana tahu otakku akan kembali cerdas.
Boleh cepat-cepat siapkan manuskrip.
✔️✔️✔️
Los Angeles, California."Bos, dekat sini juga."
Sebuah fail dibuka lagi dan diletakkan di atas meja. Dia menurunkan tandatangan lagi untuk ke berapa entah.
"Ada lagi, setiausaha Eun?" Soalnya apabila pembantu wanita itu mula menyusun fail- fail tersebut. Laju sahaja Eun Dan Oh menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...