🥀04🥀

32 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️

"Kasihan sayang saya ini, mesti lama awak tunggu tadi. Penat tak?" Eh macam aku pula baru turun dari kapal terbang.

"Seok, saya tunggu tak lama pun. Awaklah yang sepatutnya penat. Tengok lingkaran bawah mata ini." Aku mula membelek wajahnya.

"Kulit kering." Komenku lagi lalu mengeluarkan krim pelembap dari beg tanganku.

Selesai saja menyapu benda alah itu pada wajahnya, dia terus menarik tubuhku rapat dengannya.

"Saya rindu awak." Bisiknya seraya mengucup pipiku

Aku tidak menolak perbuatan itu malah memeluk pinggangnya juga sepertimana dia memeluk tubuhku.

"Kita nak ke mana ya?" Celah pemandu teksi sambil berpaling ke arah kami membuatkan aku malu kerana terlupa kami menaiki kenderaan awan.

Aku segera melonggarkan pelukanku tapi Hoseok menghalang. Katanya dia sedang mengisi tenaga.

"Seongsu Dong." Jawabku.

"Tak, bawa kami ke restoran Eat Jin."

"Sayang, saya lapar." Jelasnya pendek.

"Okay tapi lepas makan, kita balik rumah ya."

Kami mula berbual apabila pemandu teksi mula fokus pada pemanduan. Banyak yang kami bahaskan dan Hoseok tak tertinggal menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang sukarelawan menyelamatkan haiwan di dalam hutan Australia.

"Awak okay tak kalau saya nak pergi lagi?" Soalan Hoseok kepadaku.

"Saya tak kisah sebab itu minat awak tapi kalau boleh saya nak ikut pula kali ini."

Ya kali ini aku menyokong minatnya tidak seperti tiga bulan yang lalu.

"Good morning sayang." Ucap Hoseok sebaik saja aku membuka mata.

"Good morning." Balasku lalu membetulkan kedudukanku dari berbaring ke duduk bersila di atas katil.

"Surprise!"

"Wow breakfast on the bed."

Meja jepun diletakkan di hadapanku. Teruja betul apabila aku melihat ada makanan terhias di atas meja itu.

"Before that, minum air kosong ini dulu." Hoseok menghulurkan gelas kaca tinggi kepadaku.

"Thank you." Aku memberikan kembali gelas itu kepadanya dan mula bangun dari katil.

"Eh nak pergi mana?"

"Nak pergi gosok gigi jap." Aku tersengih sebelum masuk ke dalam bilik air.

"Sebenarnya ada benda saya nak beritahu awak." Hoseok memandangku dengan muka serba salah.

"Apa dia?" Langsung tak menjangkakan apa-apa darinya.

"Saya nak pergi Australia." Sebutnya senada membuatkan suapanku terhenti.

Aku diam memberi peluang untuk menjelaskan tujuannya walaupun aku rasa aku tahu sebab dia nak pergi. Siaran tentang kebakaran hutan Australia di televisyen baru-baru ini sudah menjentik hatinya.

My Serendipity Where stories live. Discover now