〰️10〰️

25 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️

Yoongi POV

Fikiranku masih terbayang-bayang lakonan mama dan Areum pada petang tadi.

"Mama, ada sesuatu yang Areum nak beritahu mama." Suara Areum kedengaran bergetar.

"Apa dia Areum?"

"Sebenarnya Areum tengah bercinta."

"Bercinta! Wah, tak sangka anak mama ini dah pandai bercinta." Kata mama teruja.

"Mama tengok ini. Kacak tak?" Aku melihat Areum menunjukkan telefon bimbitnya kepada mama.

"Amboi elok budaknya. Nama apa?" Soal mama.

"Hoseok, Dr Jung Hoseok." Jawab Areum dengan gembira lalu memeluk bahu mama.

"Wah doktor budaknya. Pandai kamu pilih." Puji mama dan aku terus beredar dari situ. Tidak mahu mendengar perkara selanjutnya.

Aku mengeluh kuat, walaupun perkara yang aku lihat tadi adalah lakonan semula tetapi hakikat yang Areum sudah berpunya adalah realiti.

Adakah aku sudah hilang peluang atau tidak? Aku tersengih sendiri.

End Yoongi POV

✔️✔️✔️

Eight years ago...

"Bagus Min Yoongi, saya suka kemajuan kamu. Kekalkan seperti ini sehingga hari pertandingan." Puji cikgu Nam sebaik sahaja mereka selesai berlatih piano.

Min Yoongi tidak dapat sembunyikan senyumannya apabila dipuji sebegitu. Bukan senang nak dapatkan pujian daripada cikgu muzik yang sudah pakar dalam bab-bab muzik.

"Okay sampai sini sahaja latihan kita. Yoongi, kamu boleh keluar. Sung Min tunggu sekejap, saya ada benda nak bincangkan dengan kamu." Cikgu Nam mengakhiri kelas tambahannya.

Yoongi menunduk hormat kepada gurunya sebelum terpandang Ji Sung Min yang merenung tajam kepadanya tapi sedikit pun tidak menggoyahkan dia, buktinya dia masih boleh tersenyum lebar keluar dari bilik muzik itu.

"Yoongi!" Panggil kawannya, Kim Seok Jin.

"Amboi senyum lebar nampak. Encik Nam pujilah itu." Teka Seok Jin seraya mengheadlock rakannya itu.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Kebetulan aku lalu dekat sini. Jom pergi kafe, aku tahu kau tak makan lagi." Ajak Seok Jin.

"Jom." Yoongi menerima ajakan itu memandangkan perutnya mengiakan kenyataan Seok Jin.

Untuk pergi ke kafeteria sekolah, mereka perlu melalui kawasan taman yang disediakan fasiliti bagi pelajar yang ingin belajar sendiri atau mengulang kaji di luar kelas selain perpustakaan.

Min Yoongi terpandang seorang gadis yang sedang belajar. Eh bukan belajar, kalau kepala terlentok elok atas meja.

"Jin, kau pergi cafe dulu. Aku baru ingat aku ada hal."

My Serendipity Where stories live. Discover now