'You're beautiful memories'
▶️▶️
"Amboi sweet nya korang!" Tegurku apabila melihat rakan sekerjaku Jeremy dengan Rose sedang dating di dalam pantri.
"Jangan salah faham Areum. Kami tak buat apa-apa pun." Tergagap Rose menafikan manakala Jeremy hanya tersenyum senget.
Terburai ketawaku apabila mendengar Rose try hard bertutur dalam bahasa ibunda kami.
"Nak tips tak?" Aku saja kacau daun dengan mengambil tempat di tengah-tengah pasangan itu.
"Tips apa Areum?" Celah suara lain yang datang dari arah pintu masuk pantri.
Serentak kami bertiga berpaling.
"Bos." Jeremy dengan Rose bangun tegak.
"Chill, don't worry. Dating is not forbidden in our company policy." Ucap Min Yoongi.
"But boss, me and Jeremy not dating." Rose menindakkan.
"Yeah, not yet but soon." Aku tengok Rose dah sedia nak pukul Jeremy dengan sudu.
"Terserah kalianlah tapi ingat jangan sampai jejaskan prestasi kerja. Saya malas nak cari music coach baru." Yoongi memesan sebelum menyuruh aku mengikutnya.
Alah aku baru sahaja nak merasa nasi goreng cendawan yang Jeremy masak.
"Pergilah Areum. Bos panggil itu." Rose menghalauku, aku tengok dia sudah siap sedia nak kaut nasi goreng itu seorang diri.
Aku mencebik lalu pergi meninggalkan mereka.
"Kita nak pergi mana bos." Soalku sebaik saja memasang tali pinggang keledar. Kini kami berdua sudah berada di dalam kereta.
"Temankan aku lunch." Aku tak pasti itu ayat ajakan ke ayat suruhan tapi yang aku yakin, Rose dah kenyang makan nasi goreng air tangan Jeremy.
Ahh aku nak juga!
|||||
Yoongi POV
Sejak dari awal perjalanan lagi, aku tengok dia muncung. Langsung tak ada mood untuk bercakap denganku.
Ini mesti sebab merajuk tak dapat makan makanan yang Jeremy bawa tadi.
Bukan aku tak nampak nasi goreng cendawan yang masih berasap itu serta Areum sudah sedia dengan sudu dan pinggan kosong tapi sengaja buat-buat tak nampak.
Aku tekan butang radio agar dapat menghidupkan suasana.
Suara Dan + Shay berkumandang dari corong radio.
Do you love the rain?
Does makes you dance
When you're drunk with your friends at a party?
What's your favourite song, does it make your smile?
Do you think of me?When you close your eyes,
Tell me, what your dreaming?
Everything, I wanna know it all"Lagu ini!" Areum terjerit teruja.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...