'You're beautiful memories'
▶️▶️
"Balik pun kamu Yoongi." Tegur mama Park apabila anak lelaki sulungnya itu masuk ke dalam rumah.
"Mama tunggu Yoon?" Soal Yoongi seraya berjalan menuju ke dalam ruangan makan mereka.
Belum sempat wanita itu menjawab, Park Jimin sudah memotong.
"Hyung cepatlah duduk, aku dah lapar ini."
"Kita bertiga saja?" Tanya Yoongi apabila melihat kerusi dihadapannya kosong.
"Ya, Areum tak dapat join sebab dia ada kerja nak diselesaikan hari ini juga." Jawab mama Park seraya meletakkan makanan ke dalam mangkuk anak-anaknya.
"Terima kasih mama." Ucap Jimin dan Yoongi serentak.
"Penting sangat ke sampai skip makan malam?" Yoongi bernada risau.
Mama Park sembunyikan senyuman manakala Jimin menghentikan suapannya sekejap.
"Jangan risaulah hyung, minah tu pandai cari makan. Sia-sia saja berguru dengan mama selama ini kalau tak pandai masak." Ujar Jimin seraya menyambung makannya.
"Makan hyung." Suruh Jimin apabila melihat abangnya masih belum menyentuh makanan.
Pada masa yang sama, dia tak selesa dengan situasi sekarang. Abangnya terlalu risaukan kawan baiknya itu.
Mungkin, abangnya risaukan Areum persis abang risaukan adik. Dia cuba buang fikiran negatifnya.
|||||
Aku merenung dapur rumahku, mana tahu timbul idea nak masak apa untuk makan malam ini. Beralih ke peti ais pula, bahan mentah hanya ada sosej, nuget dan wedges.
Hai sebesar-besar peti ais rumah aku, ini saja yang ada. Aku buka bahagian bawah pula, hanya terdapat beberapa botol susu buah-buahan kegemaranku, sekotak jus oren, sekotak jus epal dan tiga botol soju.
Almari yang biasa terisi makanan ringan, aku buka pula. Ada ramen saja sebungkus. Bijirin dan koko crunch aku ke mana hilang?
Nampak gayanya, aku makan malam dengan ramen dan sosej sajalah. Itupun sebungkus, nak perasakan dengan sayur-sayuran tak sepokok pun ada.
Inilah musibahnya bila kau jarang jejakkan kaki dekat dapur rumah kau sendiri tapi menyibuk dekat dapur rumah jiran sebelah.
Aku mula putus asa dan secara tiba-tiba loceng rumahku berbunyi.
"Areum, aku datang." Suara seorang lelaki menyapa intercom rumahku.
"Ya sekejap." Jeritku lalu berlari mendapatkan pintu.
"Jungkook ah, annyeonghaseyo (hello)." Sapaku sebaik saja melihat berhadapan dengannya.
"Annyeong (hello)." Balasnya sambil tersenyum nipis.
"Kook duduk sana dulu, kejap lagi aku sertai kau." Aku menunjukkan buaian kayu yang dilengkapi dengan meja mini.
"Jemputlah minum Kook." Aku mempelawa sebelum menghulur sampul surat bersaiz A4 kepadanya.
YOU ARE READING
My Serendipity
Random"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...