'You're beautiful memories'
▶️▶️
Present...
"Jimin." Marahku apabila lelaki itu menukar siaran televisyen. Dia dengan selambanya menempatkan diri disebelahku.
"Bosanlah asyik layan drama, baik kita tengok rancangan ini " Lawannya lalu menyorokkan alat kawalan itu dibawah punggungnya.
Itulah taktik terbaik yang digunakan supaya aku tak dapat capai alat itu darinya.
"Euw, Finding Mr/Mrs Right. TV show ini sesuai untuk orang yang single sahaja." Ejekku.
"Biarlah lagipun mama suka tengok rancangan ini semenjak dia single." Beritahu Jimin setelah mamanya menyertai kami.
"Hish Jimin ini walaupun mama suka tengok show ini tapi mama tetap setia dengan mendiang appa." Kata Puan Park tanpa terselit sebarang kesedihan diwajahnya tapi jauh dalam sudut hati aku tahu yang dia masih rindukan Encik Park.
Encik Park meninggalkan dunia sebaik sahaja anak sulung mereka berangkat ke luar negara.
Jimin yang dahulu tekad untuk belajar ke luar negara seperti abangnya telah mengubah hasrat itu. Dia lebih memilih untuk menemani mamanya.
Abangnya, aku hanya dapat dengar khabar lelaki itu dari Jimin dan mamanya.
Abang Jimin sekalipun tidak menyebut namaku setiap kali dia menghubungi mereka. Mungkin dia sudah move on dari aku.
"Areum." Baru aku tersedar yang namaku dipanggil berkali-kali.
"Hish dia ini boleh pula mengelamun patutlah soalan mama tak jawab-jawab." Rungut Puan Park.
"Soalan apa mama?" Aku menyoal dia kembali.
"Biasalah mama, Areum kan ratu mengelamun." Sampuk Jimin mengenakan aku.
Aku jeling dia sekilas. Mampu jeling saja sebab bersama mama dia, kalau tak habislah dia aku kerjakan.
"Mama tanya kamu dah jumpa kerja yang sesuai?"
"Belum mama. Areum masih mencari." Jawabku sambil tersenyum mengenangkan kesusahan lepasan graduan mencari pekerjaan tetap.
"Kalau macam itu, biar mama tolong Areum sebab mama ada kenal satu pemilik syarikat ini."
"Terima kasih mama tapi Areum nak minta part time sahaja, boleh ke?"
"Tak apa mama cuba tanya." Balas Puan Park.
"Kalau Jimin, mama tak nak carikan sekali?"
Jimin ingin bermanja dengan mamanya selari dengan itu, telefon bimbitku berbunyi. Melihat saja nama pemanggil aku terus meminta diri.
"Namchinlah tu." Teka Jimin apabila aku mencari tempat yang sesuai untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello." Sapaku sebaik sahaja butang jawab pada skrin telefon bimbit ditekan.
"Baby." Teriak si pemanggil membuatkan aku tersenyum sendiri.
"Amboi, gembiranya!" Tegurku.
"Mestilah bukan senang nak hubungi sayang tau." Kegembiraannya masih belum pudar.
"Rindu saya tak?" Soalnya kedengaran teruja bercampur takut-takut. Ini buat mode mengusik aku aktif.
"Tak kenapa?"
"Alaa, kita kat sini rindu sampai nak mati padahal orang sana tak rindu pun." Walaupun hanya suara kedengaran tapi aku yakin mesti dia tengah buat riak wajah comel.

YOU ARE READING
My Serendipity
Ngẫu nhiên"Serendipity is when someone accidentally finds something good." Ahn Areum. "Maksudnya?" Soal Park Jimin. "Kau tak tahu?" Tanya Min Yoongi. "Tak." Jawab Jimin jujur. "Hyung tahu?" Yoongi mengangguk. "Serendipity itu macam kita bertiga." Jawab Yoon...