〰️14〰️

19 1 0
                                    

'You're beautiful memories'

▶️▶️

Yoongi POV

"Boss, are you okay?" Soal Eun Dan Oh setelah aku membenarkan dia masuk ke dalam pejabatku.

"Not really actually." Jawabku jujur, malas nak berselindung.

"So, what is on my schedule for today?" Soalku kepadanya. Sakit-sakit juga tetapi kerja harus diteruskan.

"Tak ada yang penting bos cuma sepatutnya bos ada perjumpaan dengan semua kakitangan syarikat sebelum tengahari nanti." Aku mengangguk mendengar kenyataan tetapi malangnya tiada satu pun aku faham. Teruk hangover aku kali ini.

Aku mula ketawa kecil dan setiausahaku masih meneruskan bicaranya.

"Jangan risau bos, saya dah tangguhkan perjumpaan itu." Aku membulatkan mata memandangnya.

"Bos jangan marah dulu. Sejak dari pagi tadi saya perhatikan bos, nampak macam tak sihat. Jadi saya tangguhkan perjumpaan itu.

"Terima kasih Dan Oh." Aku akui kata-katanya, kondisiku tidak begitu baik untuk ditunjukkan kepada pekerja-pekerjaku.

"Bos berehat ya, nanti saya bawakan teh lemon madu untuk bos." Pesannya sebelum beredar.

Aku bangun dari kerusiku dan menapak kearah sofa. Tubuhku direbahkan di atas sofa.

Fikiranku mula mengimbas kembali apa yang terjadi ketika aku mabuk.

"Yoongi. Baru balik?" Tegur mama apabila terserempak dengan aku di dapur rumah kami.

Aku hanya diam sebelum meneguk Brandy yang terisi penuh di dalam gelas kecilku.

"Mujur mama cam kamu. Buat apa dekat dapur ini gelap-gelap?" Soal mama, dia tidak nampak apa yang aku lakukan kerana aku membelakanginya.

"Mama, Yoon memang tak layak dicintai ke?" Aku mula menyoal mama lantas mengenangkan peristiwa yang berlaku tadi.

Peristiwa yang mana Areum terus menolak tubuhku apabila dia mencelikkan mata selepas kami bercium.

Dia kelihatan terkejut dan terus menamparku sebelum berlari naik ke biliknya.

Aku sentuh pipiku yang masih sakit kerana tamparan itu. Aku tuang brandy ke dalam gelasku sehingga penuh sekali lagi.

"Apa yang kamu cakap ini Yoon? Mama tak faham." Suara mama semakin dekat.

"Ya Tuhan, Min Yoongi!" Naik oktaf suara mama ketika melihat botol brandy sudah hampir kosong.

"Apa yang terjadi Yoon? Beritahu mama." Aku dapat rasakan mama mengambil pendekatan lembut untuk mengetahui masalahku.

"Yoon cintakan dia mama." Luahku dengan linangan air mata dan itu merupakan kali kedua mama melihat air mataku tumpah dihadapannya atas sebab yang sama.

"Bos, ini saya ada bancuhkan teh lemon madu." Dah Oh masuk sambil menatang segelas air ke dalam pejabatku setelah mendapat keizinan.
Bayangan tadi terus menghilang.

My Serendipity Where stories live. Discover now