❝ touch her and i'll make your life a living nightmare .❞
A destiny that created for both of them, one with powerful persona , and one just a mere human. The unwanted fate that brought both of them close, till a feeling come up.
Darkness was everyw...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ Chapter II ]
• • • •
DUM !!
" ah Kamcagiya ! "
Bunyi guntur dan kilat yang sabung-menyabung menyebabkan Puan Jung yang sedang sibuk memotong sayur di dapur terkejut . Wanita yang baru saja menginjak umur 30-an itu segera mengurut dadanya gara-gara terkejut .
Puan Jung menyelak sedikit tabir yang menutupi tingkap di dapur rumah itu .
Lebatnya hujan di luar sana !
Puan Jung menggelengkan kepalanya , memang inilah kebiasaan bila dia balik kampung . Cuaca di sini tidak menentu , kejap cerah , kejap hujan lebat .
Puan Jung menutup semula tabir itu lalu ke arah dapur gas dan mula meletakkan kuali diatas dapur gas .
" Omma !"
Baru saja dia ingin menghidupkan dapur gas , anak lelakinya yang baru saja berusia 8 tahun berlari masuk ke dapur dengan wajah cemas.
Puan Jung terhenti dan memandang anak lelakinya itu , " kenapa ni ?"
" Omma ! Seo Unnie main hujan dekat luar sana !"
Mata Puan Jung terbuntang mendengar kata-kata anak lelakinya itu , " apa ?! Haih budak ni !" Puan Jung segera ke arah ruang makan , pintu sliding door di ruang itu terbuka , dan kelihatan anak perempuannya yang baru saja menginjak umur 9 sedang berdiri menghadap langit .
" Seorein !! Balik sini cepat !!" Puan Jung menjerit , namun jeritan wanita itu hampir tidak kedengaran dek bunyi hujan lebat yang menghempas bumbung rumah .
" JUNG SEOREIN !!!"
Sekali lagi Puan Jung menjerit , hal ini menyebabkan Seorein pusing belakang untuk menghadap ibunya.
Puan Jung terhenti , amarah yang tadi jelas terpapar di wajah wanita itu hilang serta-merta apabila melihat mata anak perempuannya .
Tapi dengan sekelip mata , Tubuh kecil Seorein rebah dengan mata tertutup .
Puan Jung segera berlari ke arah Seorein , mengangkat tubuh anak perempuannya itu , kemudian tubuh Seorein diletakkan di dalam bilik gadis itu .
Puan Jung menaikkan lengan baju di tubuh Seorein dengan jari yang terketar-ketar.
Sesampainya di bahu Seorein , Puan Jung hampir pitam melihat lingkaran berwarna putih di sekeliling lengan gadis itu .