❝ touch her and i'll make your life a living nightmare .❞
A destiny that created for both of them, one with powerful persona , and one just a mere human. The unwanted fate that brought both of them close, till a feeling come up.
Darkness was everyw...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
• • • •
Istana di kerajaan Naga sangat berbeza dengan chatuex . Istana ini agak mengerikan , ditambah lagi hiasan dan warna dinding istana itu seolah-olah memaparkan kegelapan .
Seorein ralit memerhatikan tulisan di kertas yang telah di bingkaikan dan diletak pada dinding . Tulisan itu kelihatan asing di matanya .
גאוות מלכותנו
Selepas tulisan itu , Seorein boleh lihat sebuah ukiran yang menunjukkan bangunan serta kawasan yang bergunung.
Di bawah lukisan itu , tertulis
Dragon's Kingdom The second of most powerful .
Seorein mengalihkan pandanganya . Dia menapak keluar daripada lorong yang dipenuhi dengan kertas berbingkai itu dan tiba di satu beranda yang agak besar .
Di sana , Seorein dapat memerhatikan keseluruhan bandar kerajaan naga .
Dia boleh lihat beberapa orang pengawal sedang terbang di atas bandar itu .
Seorein mendongak pula ,
Naga ?
Dia terpana seketika melihat hanya sebahagian sayap naga yang berkilauan disinari cahaya bulan di atas nya .
Sayap itu bergerak , Seorein pula terundur kebelakang apabila naga itu terbang mendekatinya .
Sebaik saja Naga itu mendarat beberapa meter daripada tempat Seorein berdiri , pandangan mata mereka bertemu .
" Jimin ?"
Naga itu menunduk . Dia menurunkan sayapnya.
Seorein segera mendekati naga itu tanpa ragu-ragu .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.