DB : XXII

304 44 4
                                        

[ Chapter XXII ]

• • • •

Seorein meletakkan busur panahnya ke tanah lalu dia melabuhkan punggung pada di sebelah busur itu . Gadis itu memandang sekeliling , Dia tidak tahu di mana keberadaan Jungkook dan Eunwoo pada saat ini .

Gadis itu bersandar pada pokok dibelakangnya . Dia sertai permainan ini tanpa sebarang persediaan dan dari tadi , dia tak bunuh apa-apa while Jungkook dan Eunwoo dah sumbangkan banyak markah pada kumpulan mereka .

Seorein memandang sekeliling , Dia perasan seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan dia . Gadis itu segera mencapai busur dan anak panah dan berdiri .

Anak panah dicapai lalu dia segera meletakkan anak panah itu pada busur . Seorein bergerak ke arah semak-samun secara perlahan-lahan sambil tali busur panah ditarik kuat .

Mana tau ada makhluk yang dia boleh bunuh kan ?

Sesuatu tiba-tiba saja jatuh daripada atas , benda itu jatuh tepat dihadapan Seorein .
Seorein terundur kebelakang . Busur panah dia turunkan lalu langkahnya diarah ke pada benda yang jatuh tadi .

“ Seorein !”

Seorein segera menoleh kebelakang tanpa dia sempat melihat benda yang jatuh tadi .
“ Tae , wae ?”

“ Permainan ditamatkan . Jom .” ujar Taehyung sambil mencapai tangan Seorein .
Belum sempat Seorein cakap apa-apa , dia sudahpun menarik tangan gadis itu untuk berlari bersmanya .

+

Black blood ?”

Jimin menyoal dengan riak muka yang sukar untuk ditafsir . Pengikut setia Raja Naga itu mengangguk ,

“ Beberapa malam lepas saya terhidu bau darah hitam di sekeliling istana . Jadi saya segera buat rondaan , mulanya tiada apa-apa yang mencurigakan yang berlaku di istana .” Jelas Pengikut Jimin yang bernama BamBam itu .
“ tapi , dua hari selepas itu , pengawal pintu depan istana dibunuh secara misteri . Saya enggan summon tuanku sebab saya ingin cari punca pembunuhan itu itu .”

“ pada masa itu juga , pengawal yang jaga east wing agak kelam-kabut . Memandangkan tuan putera tidak suka diganggu , saya selinap masuk ke sana secara senyap-senyap . Tuan Putera berkelakuan agak pelik, tapi saya tak berani tuduh apa-apa , Tuanku .” Tambah Bambam sambil menundukkan kepalanya pada Jimin .

Jimin diam , seolah-olah memikirkan sesuatu .

“ Tuan Putera .. Hmm kebelakangan ni apa yang dia lakukan ?” Namjoon menyoal pada Bambam . Bambam menundukkan kepalanya pda Namjoon .

“ dia lebih banyak berkurung dalam bilik , Tuanku Raja Malam.”

Namjoon dan Jimin berpandangan .

Démon's bride || 지민 ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang