Untuk entah kali keberapanya Shafiq menerima lagi surat cinta dari pelajar perempuan di sekolahnya itu. Sehinggakan naik bosan pula dia dibuatnya. Dia sering diidamkan ramai gadis-gadis mentah di sekolahnya untuk dijadikan kekasih mereka. Malahan, apabila Shafiq ke sekolah lain untuk bertanding sukan pun, ramai gadis-gadis yang menyapanya. Sudah tentulah ini berikutan kekacakan wajahnya yang mixed chinese itu. Salah seorang neneknya berketurunan cina. Kerana itu ramai yang terpikat dengannya.
Tetapi Shafiq tak pernah melayan mereka. Kerana Shafiq seorang yang pendiam dan kuat belajar. Hidupnya semua berkenaan kurikulum dan ko-kurikulum sekolahnya. Tiada masa untuk dia bermain perempuan pada masa ini. Ibubapanya yang merupakan orang disegani masyarakat pun tak mungkin membenarkan dia bercinta, andaikata terpecah rahsia. Kerana itu, dia diejek rakan-rakan sekelasnya 'skema'. Dia malas nak melayan usikan mereka. Lantaklah nak panggil apa pun!
Di rumah teres dua tingkat sederhana mewah itu, bukan sahaja Shafiq, dan ibubapanya, Encik Zulkifli dan Puan Nora, yang tinggal di situ tetapi juga kakak sepupu Shafiq yang bernama Maisarah. Dipanggil Kak Sara saja oleh Shafiq. Ibubapa Sara meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri beberapa tahun lalu, maka Pn. Nora selaku mak ngahnya mengambilnya di bawah jagaan beliau. Adik beradiknya yang lain turut diserahkan pada saudara mara yang berasingan untuk mengurangkan beban menanggung. Sara merupakan anak sulung yang kini berusia 17 tahun.
Tahun ini Shafiq tingkatan 3, bakal mengambil PMR, manakala Sara pula SPM. Maka memang sering saja rumah itu sunyi kerana kesemuanya sibuk dengan kerja masing-masing. En. Zul dengan bisnes farmaseutikalnya, Pn. Nora dengan tadikanya tempat dia menjadi pengurus, dan Shafiq serta Sara tekun dengan studi mereka.
Di sekolahnya Shafiq hanya ada seorang perempuan saja yang dilayannya, Murni. Murni juga seperti dia, ulat buku. Ke mana-mana sahaja buku menjadi sahabatnya. Shafiq selesa bergaul dengan Murni kerana memahami sifatnya yang suka belajar itu. Murni sama baya dengannya, cuma berlainan kelas. Sering memakai baju kurung bertudung labuh ketika di sekolah. Shafiq tak pernah berkesempatan keluar dengannya ke mana-mana selepas waktu sekolah, berikutan jadualnya yang ketat dengan latihan sukan di waktu petang.
Ketika di satu pagi hujung minggu, deringan telefon membingitkan rumah teres En. Zul itu. Pn. Nora diminta hadir ke tadikanya kerana ada kes pecah masuk berlaku malam tadi di sana. Lena En. Zul terganggu akibat aktiviti Pn. Nora bersiap. Memandangkan cahaya mentari sudah pun memancar, En. Zul mengambil keputusan untuk terus bangkit.
Pagi Ahad itu En. Zul mengambil kesempatan untuk berjogging. Dia sememangnya aktif bersukan, kerana itulah pada usia 40 tahun, dia masih kelihatan kekar. Dan sifat ini jugalah yang diwarisi Shafiq. Setelah penat berjogging sendirian di kawasan perumahannya, En. Zul pulang ke rumah untuk menikmati secangkir kopi dan sarapan roti. Dilihatnya tiada kesan Shafiq atau Sara sudah bangun. Setelah bersarapan, En. Zul naik ke bilik Shafiq di tingkat atas untuk mengejutnya. Kebiasaan jika pagi begini Shafiq dikejut bangun, selalunya dia akan memanfaatkan waktunya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, dan ini menyenangkan hati En. Zul.
Ketika mahu ke bilik Shafiq, En. Zul melintasi bilik Sara dahulu. Sara dan En. Zul memang kurang rapat. Mereka seolah-olah kekok untuk berbual walaupun bersaudara. Kerana itu kebiasaannya En. Zul tak mengambil peduli perihal Sara. Tetapi pagi ini, dia terasa lain macam. Tanpa berfikir panjang, dia membuka pintu bilik Sara untuk mengejutnya juga. Apa salahnya, anak saudara dia juga, fikirnya. Sara juga memang gadis yang baik, bersopan santun dan rajin belajar seperti Shafiq. Mungkin mereka boleh studi bersama.
En. Zul lihat Sara baring tertiarap di atas katilnya sambil sebuah buku Sains menutup mukanya. "Huh, ini mesti studi sampai terlelap ni," hatinya bersuara. En. Zul menghampiri Sara. "Kesian, tidur tak berselimut. Mesti sejuk ni. Dah lah malam tadi hujan." En. Zul membatalkan niatnya untuk mengejut Sarah kerana mahu Sara sambung merehatkan diri. Dia mengalihkan buku Sara untuk menyelimutkan dia.