Berapa" Tanya Salmah kepada penjual ayam.
"Sepuluh ringgit saja" jawab taukeh ayam.
Salmah menghulurkan duit sepuluh ringgit dan berlalu dengan membimbit beg plastik yang berisi ayam. Ketika berpusing , Salmah terlanggar seseorang lalu terjatuh plastik ayamnya. Salmah tunduk mengambil ayamnya di atas simen market. Pada ketika yang sama seorang lelaki turut tunduk untuk menolongnya memungut beg plastiknya.
"Maafkan saya" sapa lelaki tersebut.
Salmah mengangkat mukanya.
"Abang Din" Sahut Salmah.
Lelaki tu cuma tersenyum.
Mereka sama-sama berdiri.
"Abang dari mana ni?"Tanya Salmah.
"Mari kita berbual ditempat lain" Lelaki berkenaan berpusing dan diikuti oleh Salmah.
Fikiran Salmah bercelaru. Abang Din yang sedang diikutinya ini adalah bekas "pengurus"nya semasa "bekerja" di ibu kota dulu. "Kontrak"nya semasa dia bekerja dulu,dia akan dibenarkan berhenti bekerja setelah berumur 35 tahun dan sekarang Salmah sudah berumur 38 tahun. Bererti dia telah berhenti bekerja dengan Abang Din 3 tahun dulu.
Mereka sampai di warong makan dan memilih untuk duduk di bawah payong yang terjauh daripada orang lain. Abang Din terus tersenyum merenung Salmah yang duduk di hadapannya.
"Macam mana abang Din boleh sampai ke sini?" Tanya Salmah.
"Kau masih cantik macam dulu jugak Salmah...... kau buat apa sekarang?" Tanya abang Din.
"Biasalah bang ..balik kampung kena kerja cara kampung. Mah menjahit baju di rumah. Cara Kampung bang...nak cari rezeki yang halal"
Abang Din cuma tersenyum."Udahlah Mah ,jangan cakap fasal halal haram... kita ni nak hidup. Abang datang ni pun fasal cari makan juga ini....Mah pun tahu kan."
"Mah tahu bang..... lapan tahun bang... Mah kerja dengan abang"
Suasana senyap seketika.
"Kau dah kawin ke Mah"
Salmah cuma senyum sinis. " Siapa nakkan Mah ni bang...Mah pun tak berani nak terima kalau ada orang minat pun...Mah takut orang tahu kerja Mah dulu tu...kut-kut ada antara mereka yang pernah melanggan Mah dulu. Rioh sekampung"
"Takkan ada kat dalam kampung ni"
"Mana tahu bang.....Mah sendiri pun mana ingat siapa yang melanggan Mah atau tidak..... Kadang-kadang Mah rasa macam kenal saja, apatah lagi kalau orang tu asyik senyum kat Mah"
"Apa kata kalau hari ini kau ikut aku ke Bandar" Pintas Abang Din.
"Buat apa bang...abang nak suruh Mah buat kerja tu lagi ke?"
"Tidaklah gitu.... Abangkan manusia yang pegang pada janji...Ha... abang dah lepaskan kau dulu... maka lepaslah tapi kali ini anggaplah kita ada hubungan sosial saja bukan urusniaga."
Salmah bermenung seketika.
"Kita ke rumah Mah dululah bang...kat rumah mah tu pun bukannya ada orang.... biar Mah tukar baju dan hantar ayam ni dulu"
"Elok juga lain kali boleh aku ke rumah kau pulak"Jawab abang Din sambil bangun. Dia meninggalkan wang di atas meja sebagai bayaran minuman yang mereka minum.
"Hah Dol kau pun ada?" tanya Salmah pada Dol yang sedang menanti di kereta.
"Hai Kak ...lama tak jumpa" Salmah masuk dalam kereta di tempat duduk belakang.