Seks Bilik Mayat

3.4K 4 0
                                    

Aku bekerja sebagai pembantu perawatan kesihatan yang dulunya disebut atendan kesihatan. Sudah lapan tahun aku bertugas di sebuah hospital di utara tanah air. Aku ditugaskan di Unit Kecemasan dan Kemalangan. Di unit ini kerjanya agak berat dan segala macam kes perlu diambil tindakan segera. Apalagi di musim perayaan, banyaklah kemalangan berlaku. Kami yang bertugas sebagai atendan adalah barisan hadapan berhubung dengan pesakit.

Satu hari kira-kira jam 12 malam datang dengan lajunya sebuah ambulans dengan siren yang nyaring. Aku yang bertugas shift malam bergegas menghampiri ambulans bersedia membawa pesakit ke bilik rawatan. Aku lihat di lehernya telah dipakaikan neck collar iaitu alat bagi mencegah kecederaan pada leher. Oleh kerana tergesa-gesa aku tersalah pegang sewaktu mengangkat pesakit membuatkan beberapa tulang leher pesakit malah patah.

Keluarga pesakit telah menyaman pengarah hospital akibat kecuaianku. Tindakan pantas pengarah hospital dan pakar ortopedik maka kes ini dapat diselesaikan segera tanpa dibawa ke mahkamah.

Aku telah diberi amaran keras dan sebagai hukuman aku telah dipindahkan ke bilik mayat. Sejak sebulan yang lalu aku bertugas bergilir mengikut shift. Dan kerana aku yang paling junior di situ maka selalunya aku mendapat shift malam. Waktu tugasku ialah pukul 10.00 malam hingga 7.00 pagi.

"Di kamar mayat awak boleh buat apa saja. Nak patahkan kaki pesakit pun tak ada yang saman." Terngiang-ngiang di telingaku suara pengarah hospital yang agak kuat. Aku terdiam saja kerana menyadari kesilapanku tempoh hari.

Dimana-mana hospital biasanya kamar mayat diletakkan di bahagian belakang kompleks hospital. Tak banyak orang yang berurusan di situ kecuali keluarga si mati yang ingin menuntut mayat ahli keluarga masing-masing. Itu pun biasanya pada sebelah siang.

Bersama kami atendan yang bertugas ialah seorang pengawal keselamatan. Mereka inipun bertugas ikut shift. Jadi setiap masa dua orang yang bertugas di kamar mayat. Aku pun tak pasti untuk apa pengawal keselamatan di kamar mayat. Siapa sajalah yang akan mencuri mayat. Tapi bagi kami sekurang-kurangnya ada kawan untuk diajak berbual di kala sunyi terutama waktu malam.

Malam itu aku aku bertugas bersama Pak Aziz yang berusia 56 tahun. Dulu dia pemandu di sebuah jabatan kerajaan. Selepas bersara Pak Aziz menyertai syarikat kawalan keselamatan sebagai pengawal keselamatan. Pak Aziz yang ramah dan banyak pengalaman amat menyenangkan. Ada-ada saja ceritanya yang menarik mengisi masa menunggu yang amat membosankan.

Malam itu pukul 11.30 malam cuaca amat buruk. Mungkin sekarang musim tengkujuh maka hampir setiap hari hujan mencurah-curah beserta petir dan guruh. Aku dan Pak Aziz hanya duduk-duduk saja dalam kedinginan malam di sebuah bilik di hadapan bilik mayat.

"Malam-malam sejuk begini kena bertugas malam. Sepatutnya enak tidur di rumah dengan isteri." Bersuara Pak Aziz.

"Nasiblah Pak Aziz. Hanya kerana sedikit kesilapan saya dibuang ke sini." Ujarku.

Berbeza dengan Pak Aziz dan kawan-kawannya, kami disediakan sebuah bilik kecil lengkap dengan katil dan perabot. Kami yang bertugas malam dibenarkan tidur di bilik yang disediakan berhampiran bilik mayat itu.

"Man, selama kau tidur di bilik itu tak ada gangguan ke? Aku dengar orang cerita di sini banyak yang kena usik."

"Tak ada pula Pak Aziz. Mimpi biasa adalah."

Sedang leka kami berbual tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki melangkah. Kami memandang ke lorong redup yang mengarah ke tempat kami. Suara hentakan kami kuat terdengar pada malam sepi.

"Siapa pula yang datang ke sini malam-malam." Tanyaku.

Suara langkah makin kuat terdengar, perlahan-perlahan makin jelas sesosok tubuh berpakaian putih. Ternyata yang datang seorang gadis cantik berpakaian jururawat. Jururawat itu berjalan ke arah kami.

CerpenWhere stories live. Discover now