Semua balik rumah dah terbaring kat lantai. Kepenatan atas pentas tadi.Chan je yg duduk atas sofa ngan hyunjin. Hyunjin pun tenung muka felix yg tengah terbaring atas changbin.
Hati hyunjin berbisik,"Aku nak bagitau ke tak? Klu aku x bagitau.. kesian pulak mamat ni. Klu aku bagitau..."
Chan menepuk peha hyunjin perlahan. Bahu hyunjin terjungkit sedikit sambil dia memandang muka chan terkejut. Dia memegang dadanya.
"Terkejut aku."kata hyunjin.
"Kau fikir apa.. jauh sangat tu.." tanya chan.
Hyunjin terdiam. Chan hanya memandang hyunjin lama. "Klu ada apa2 citelah." kata chan lalu bangun menuju ke biliknya."Bangun2!!! Tidur kat bilik." jerit chan sambil menggoyang semua orang yg kat lantai. Diaorang pun merungut tapi bangun gak pergi bilik. Hyunjin masih duduk di sofa. Jeongin menarik tangan hyunjin.
"Jomlah tidur. Sape nak teman aku?" kata jeongin. "Ye.. ye nak pergilah ni." kata hyunjin lalu mengikut langkah jeong in ke bilik.
*******
"Chan, klu aku kata aku suka kat yuna... apa respon kau?" tanya hyunjin sambil mengacau air di depan menggunakan straw.
"Puhhh!!" Air yang chan minum tadi tersembur. Hyunjin mencapai tisu di sebelahnya lalu mengelap mulut chan. Dia mengetap bibirnya. Dahlah kat kafe."Kau merapu apa ni... setan... demam ke?" tanya chan. Hyunjin mengerut dahinya. "Pelik sangat ke?" tanya hyunjin.
"Pelik giler. Kenapa tiber sangat kau suka kat dia tu? Dia takde kaitan ngan kau pun. Setakat ni baru ngan felix je dia rapat. Cuba cite sikit." bebel chan.
Hyunjin menarik nafas. "Okay aku cite."
Hyunjin pun cite semua benda kat chan. Cite punya cite, habis gak akhirnya.Chan mengusap dagunya,"Peliklah kau ni. Tapi... pada pendapat aku.... apa kata kau cakap je ngan yuna. Pasal felix tu... pandai2lah aku buat nanti. Takyah fikir yg tu. Okeyy??" cadang chan.
Hyunjin memandang chan. "Boleh kot..."
balas hyunjin.*******
Felix kehulu kehilir depan meja seungmin sambil pegang fon. Seungmin yg tengah duduk tu perhati je. "Kau kenapa macam cacing kepanasan ni? Kau call sape dari tadi tak dapat?"
"Yiren... aku tak jumpa dia. Call pun tak dapat." kata felix.
"Cuba kau cari kat tangga blok c ...tingkat 2. Diakan selalu lepak kat situ ngan geng dia." kata seungmin.
"Haahlah... pandailah kau. Thanks." kata felix lalu berlari keluar kelas. Seungmin menggeleng kepalanya. Tiba2 dia nampak chan masuk kelas."Felix mana?" tanya chan.
"Dia gi cari yerin." balas seungmin. Chan menepuk meja seungmin tiba tiba. Mata dia terbuntang."Yg kau ni kenapa pulak?" kata seungmin.
Chan menarik kerusi di sebelah seungmin lalu menceritakan apa yang hyunjin cakap tadi."Eh.... menipu kau ni. Seriuslah...." Seungmin hanya menganggap apa yg chan cakap tadi gurauan. Chan mengeluh.
"Aku takde masa nak tipu kau."
"Kau tak tipukan? Ni seriuskan?"
"Yelah.."
"Ok... aku gi kejar dia."Seungmin terus berlari keluar kelas. "FELIX!!!" Dia pergi berlari kejar felix. Budak sekeliling dia semua pandang. Chan hanya memandang seungmin.
"Aku nak kejar tapi... tak tahu kemana."kata chan sambil membuka buku math.
*******
Yuna berjalan menuju ke blok c. Dia nak gi library, pulangkan buku yg dia pinjam. Dia berjalan ke arah tangga. Tiba tiba ada orang tarik tangan dia, pergi kat satu lorong. Yuna memegang dada dia. Seungmin rupanya.
"Awak kenapa? Terkejut orang dibuatnya." kata yuna. Seungmin tersengih. "Betul ke apa awak cite kat hyunjin?"
"Laju betul wifi korang ni. Tapi nape awak tanya?" balas yuna.
"Haaa.. sebab felix cari yiren tak jumpa. Pastu saya dengar cite tu. Ni saya tengah ngintai felix ngan yiren kat tangga hujung tu." seungmin menunjuk ke arah mereka.Yuna memusing kepalanya. Nampak yiren ada conversation ngan felix. Cam serius. "Takpelah... biarlah dia settle elok2 kan?"
"Yelah... klu awak cakap camtu... btw thanks.. yuna" balas seungmin lalu meninggalkan yuna di situ.Yuna pun membuka langkahnya ke perpustakaan. Dia ikut tangga lain sebab ada diaorang kat tangga yg dekat ngan perpustakaan. Tangga yg lain ni jauh sikitlah. Kena pusing satu blok. Jalan punya jalan sampai gak library. Exercise aku hari ni. Dia terus duduk kat kerusi yg terdekat dengan dia. Dia mengambil nafas dalam.
"Dah tahu tak sihat tu.. jalan jauh2. Bijaklah kau ni yuna." bisik hatinya. Tengah duduk menenangkan diri, tiba2 lia terjah dia.
"Kau kenapa termengah semacam ni? Baru lari satu padang ke apa?" Terbuntang mata yuna sebab terkejut. "Kenapa semua orang nak terkejutkan aku hari ni? Pelik betul."
Lia hanya tersengih. "Kau nak pulang buku ke? Meh aku tolong. Aku pun tengah kemas rak." Lia menghulurkan tangannya kepada yuna. Ni jelah kerja dia waktu rehat. Kemas rak perpustakaan. Yuna pun bagi buku kat dia.
"Thanks. Aku pun nak cari buku lain. Bye."
Yuna melambai ke arah lia sambil berjalan ke rak buku hujung perpustakaan. Rak buku ni jarang orang datang sebab dia buku bahasa. Manalah budak sekarang nak baca buku camni. Novel banyaklah orang baca. Adalah seketul dua nak baca buku bahasa. Termasuk yuna.
Dia mengambil tangga kecil di sisi rak lalu memanjatnya. Dia nak tengok buku kat atas. Tiba2 dia dengar ada kasut bergesel ngan lantai. Yuna pelik. Rasa dia sorang je datang sini tadi. Dia turun dari tangga lalu pergi ke hujung rak yang ada ruang sikit untuk tingkap. Pergerakannya terhenti.
"Felix... Awak buat apa kat sini?"
~ to be continued ~
YOU ARE READING
{C} until we meet again ; felix || stray kids
Fanfiction"Kau suka sape pulak?" "Orang samalah." "Dah semua nak suka dia, sape nak suka aku." "Ambikkan aku penyapu. Nak membunuh kejap."