Felix jalan keluar pagar sekolah. Dia balik lambat sikit sebab dia nak stay sekolah kejap tadi so yg lain dah balik awal. Felix teruskan berjalan hingga dia sampai di bus stop. Dia berhenti lalu duduk dibangku bus stop even dia taknak naik bas pun. Hanya keluhan yang dilepaskannya. Walaupun dia cuba nak nampak ok... well.. sape je tak kecewa lepas break kan?Clishe sangat... semua orang pun tahu.
Semasa duduk di situ sambil termenung entah ke mana, dia nampak ada seorang ahjumma ni terlanggar seorang laki depan dia.
"Maaf." ucap ahjumma tu.
"Tak nampak ke orang jalan kat depan ni? Buta ke?" marah lelaki tu.Felix mula2 cam nak biar je sebab nampak cam tak serius tapi lelaki tu gi maki maki lagi ahjumma tu. Semua orang dah pandang tapi takde sape tolong. Bengang punya pasal, felix berdiri, cabut kasut dia pastu baling kat muka dia.
Lelaki tu mengamuk,"Kau kenapa?"
"Yg kau tu nak maki orang kat public kenapa? Ada masalah mental ke?" balas felix sambil mengambil kasutnya kembali."Dah makcik tu langgar aku! Aku dahlah nak cepat! Time tulah dia nak langgar aku."
jerit lelaki."Dia langgar je kot. Bukan cabul kau pun. Memang makcik ni tahu pun kau nak cepat. Pastu jerit jerit cam perempuan gedik. Makcik ni pun tak ingin langgar laki gedik cam kau. Aku belasah kang baru tahu.Dah pergi. Jgn nak sibuk ganggu orang kat sini." bebel felix.
Lelaki tu terdiam lalu meninggalkan mereka di situ. Felix mengeluh. Ada lagi orang camni. Bapak tak matangnya. Menyusahkan orang je.
Felix memandang ahjumma tadi. "Ahjumma ok?"
Ahjumma tadi memandang felix lalu mengangguk kepalanya. "Terima kasih."
Felix hanya menenung ahjumma tu. Aku cam kenal dia ni."Kejap... Mrs. Hwang...buat apa kat sini?"
********
"Tak ..sekarang ni... kenapa kau merepek depan aku? Aku tengah makan tau tak." Yeji meletakkan chopsticknya di atas meja lalu menjeling hyunjin yg ada di depannya.
"Mana ada aku merepek. Betullah ni." balas hyunjin. Hari minggu camni dia memang selalu pergi rumah yeji. Saja lepak lepak. Sebab diaorang ni memang rapat.
"Mana ada.... mana ada. Aku sepak kang. Memang kau tengah merepek sekarang ni. Kau suka yuna sebab kau cakap yg kau ni boleh faham perasan dia bila mak dia buat di camtu. Ehh... pelik tau. Kau je tak perasan." bebel yeji panjang.
Hyunjin menjuih bibirnya. Betullah apa dia cakap. Salah ke? Pelik ke? Chan pun cakap pelik. Sendu tahap angkasa ni.
"Aku boleh faham yg kau suka yuna tapi sebab yg kau bagi kat aku tu cam.. pelik."
"Apa yg pelik?""First, kau sendiri yg cakap kau nak lupa pasal mak kau, taknak libat lagi pasal benda ni dalam hidup kau. Tiba tiba, kau merepek depan aku camni. Kesianlah... apalah. Macam2 kau cakap tadi. Second, hati kau ni kejung, keras cam batu tau tak? Cane kau boleh fall in love ngan yuna cepat sangat? Masa mak aku jaga kau masa kecik, punyalah susah nak jaga sebab kau takleh terima mak aku jaga kau.Dengan makcik sendiri pun taknak bercakap sebab kau tu degil sangat." terang yeji. Penat sangat bercakap sampai satu cawan habis sekali teguk.
Hyunjin hanya diam sambil termenung. Betul jugak apa yeji cakap tu. Lepas mak aku tinggalkan aku... aku jadi pelik. Tak bercakap. Dingin je memanjang. Semua orang aku nak marah. Tapi, dulu yeji pernah sepak aku kuat2 sampai aku jatuh. Pastu dia cakap...
"Kau patut beruntung mak aku jaga kau."
Aku ingat lagi ayat dia. Start dari situ baru berubah sikit. Masuk high school, jumpa member aku yg 7 orang tu. Barulah happy sikit hidup ni. Sekarang, sendu balik .... pasal ... cinta. Aku dah besar....agaknya.
"Kawan kau tahu tak pasal ni?"
"Chan je tahu. Tapi dia tak tahu reason lagi." balas hyunjin.
"Eloklah dia tak tahu lagi. But, if kau suka yuna... just love her as a woman. Without this reason that you just told me. Okay?"Hyunjin mengangguk kepalanya perlahan. "Ok... klu aku bolehlah. Tapi cam tak."
"Pahal lak?" tanya yeji.
"Takde papelah. Makanlah. Tadi nak makan sangat. Makan2."******
"Felix gi mana wei?"tanya seungmin.
"Kedai... aku suruh beli barang dapur sebab dah habis. Nape?" balas chan. Seungmin tiba tiba tarik tangan chan ke ruang tamu."Semalam...aku nak tidur. Pastu aku nampak... felix dia buka kotak kat atas almari dia tu...." Seungmin berhenti bercakap. Chan menyambung,"Pastu dia nangis ke?"
Seungmin hanya mengangguk kepalanya. "Kau tahu tak ada apa dalam kotak tu? Selama ni aku satu bilik ngan dia... aku tak tahu pun apa isi kotak yg dia tengok tu. Aku pun tak tanya."
"Kau nak tengok ke?" tanya chan. Seungmin mengerut dahinya."Boleh pulak?"
"Boleh je... aku pernah tengok. Yg kau pun tak tanya nape? Felix tu kan blur sikit. Tanya jelah. Jom." Chan dan seungmin pergi ke bilik felix ngan seungmin.
Chan memanjat katil felix sebab nak capai kotak tu. Lepas ambik, dia pergi duduk kat katil seungmin sama sama. Dia buka kotak tu. Seungmin mengintai nak tengok pastu diamengambil satu gambar.
"Dia nangis sebab gambar ni ke? Gambar yiren ngan dia ni? What???"
Chan tergelak kecil. "Bukan dia ni. Lagi seorang..." chan mengeluarkan barang di bahagian atas. And ambik gambar lagi satu.Seungmin ternganga. "Ni lagi satu perempuan tu? Yuna??!!" Seungmin menunjukkan gambar tu pada chan.
Chan tersenyum . "Ni bukan yuna."
"Habis tu sape? Muka yuna ni..." balas seungmin,pelik.Chan lalu mengambil gambar tu dari tangan seungmin lalu menenungnya."Ni adik dia." balas chan.
~to be continued~
YOU ARE READING
{C} until we meet again ; felix || stray kids
Fanfiction"Kau suka sape pulak?" "Orang samalah." "Dah semua nak suka dia, sape nak suka aku." "Ambikkan aku penyapu. Nak membunuh kejap."