"Nizee Iman! Bangun!"
"Bangunlah wahai anak dara!"
"Ya Habibati, bangunlah kamu!"
Argh... bising!
Aku menekup bantal ke telinga. Kawan kawan aku... bagilah aku rehat lagi.
"Don't sleep, Zee. Hari ni sekolah!"
Aku menahan mulut dari menguap.
Kenapa hari ni tiba? Aku nak tidur lagi. Bantal kesayanganku, jangan tinggalkan daku~
"Korang... cakap dekat cikgu yang aku sakit. Penatlah."
Hahah.
Aku cari masalah.
"No! Zee, hari ni ada budak baru dalam batch kita. Please?"
Suara Puteri cuba memujuk. Alala.. suara dia yang mendayu tu mampu memikat hati aku.
"Erm.. yelah. Bagi aku 10 minit."
"NOO!!!!"
Semua menjerit serentak.
Argh!
Sakit telinga aku...
"Kitorang bagi 5 minit je. Go!"
Aku berjalan laju ke bilik air. Huhuhu. Masa tidur aku.
Pili shower dipulas.
Shhhh...
***
"Ameerah..... can you help me? Ada ke bedak yang bertompok kat muka aku ni?"
Meera menjeling si Puteri Gunung Ledang itu.
"Aku tak nak. Suruh Ryna."
Dia menjarakkan diri dari Puteri yang sudah menarik muncung. Boleh sangkut baju tu.
"Please, Meer. Aku nak kau jugak."
Suara Puteri seakan merengek. Macam bayi.
"No! Ryna, help me! Eazy, jauhkan dia dari aku!"
Ryna dan Eazy yang berdiri di hadapan pintu rumah ketawa kecil.
"Kitorang lagi tak nak. Meera, layan je si Put tu, dia sayang sangat kat kau."
Meera menahan marah.
"Put, please. Aku penat ni. Aku pengsan sebelum sampai sekolah nanti, macam mana? Kau nak angkat?"
Tubuh Puteri ditolak menjauhinya.
"Aku suruh Izz tolong angkatkan kau nanti. Don't worry lah."
Eazy tercengang.
Muka Meera membahang, menahan marah.
"Aku tak minat dialah!"
"Kenapa libatkan abang aku ni? No no no! Aku takkan bagi dia dekat korang!"
Hahaha.
Semua gelak.
Ye lah. Eazy memang bersungguh pertahankan abang dia tu, kalau boleh tak nak ada orang minat pun. Tapi.. peminat dia dah beratur panjang tu.
"Mana Zee dan Tihah ni? Lama nya!" Gumam Ryna.
Awning tudungnya dibetulkan.
"Nak aku jerit?"
Ryna menoleh ke arah Meera. "Boleh jugak, berlatih suara komender kau tu."
Meera tersenyum. "Orait"
"NIAZEE IMAN DAN FATIHAH IRDINA, SILA PERCEPATKAN LANGKAH ANDA!"
Hahaha.
Bergegar rumah ni dengan suara Ameerah yang kuat dan nyaring tu.
Nasiblah kat situ cuma ada dua buah rumah je. Rumah lain kat bahagian lain.
Aku dan Fatihah turun dengan wajah yang tidak bersalah.
"Lama ke tunggu? Hahah"
Ya Allah.
Selambanya kau, Zee.
Fatihah tertunduk segan. "Sorry, guys. Zee boleh pulak sakit perut tiba tiba. Tu yang lama."
Aku tersengih.
Tanganku segera mencapai kasut sekolah di dalam rak kasut. Nampak tak gaya tak malu tu?
YOU ARE READING
Love In Friendship
RandomZee, love, friendship Eh, jap. Love? Zee tak terlibat eh dalam love love bagai ni. Zee banyak part friendship je. 🚫Niazee and The Outsiders🚫 First novel and I'm going to delete it soon